HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
PERMAINAN KOMPANG
Hasil pembelajaran:
Mendemontrasikan rentak inang, masri, joget dan zapin dengan permainan alat perkusi tidak berpic untuk mengiring lagu kanak-kanak/rakyat
Mengaplikasikan rentak inang, masri, joget dan zapin dengan alat muzik tradisional untuk mengiringi lagu kanak-kanak/rakyat.
Mempersembahkan gabungan pelbagai rentak muzik tradisional Melayu secara kreatif menggunakan pelbagai alat perkusi tidak berpic bersama alat muzik tradisional secara berkumpulan untuk mengiringi lagu semasa/patriotik.
SINOPSIS KURSUS:
Kursus ini berfokus kepada empat rentak asas dalam muzik tradisional Melayu iaitu inang, masri, joget dan zapin. Pelajar membuat eksplorasi menggunakan alat perkusi badan, alat perkusi tidak berpic dan kompang/rebana/gendang/gong bagi menghasilkan rentak muzik tradisional Melayu untuk mengiringi lagu. Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat mengaplikasikan rentak asas tradisional muzik Melayu dalam melaksanakan aktiviti muzikal menggunakan perkusi badan, alat perkusi tidak berpic bersama kompang/rebana/gendang/gong.
Jenis Rentak Asas Muzik Tradisonal Melayu;
Mengeksplorasi rentak asas muzik tradisional Melayu menggunakan perkusi badan, pergerakan tarian dan sebutan irama secara mnemonik
inang
masri
joget
zapin
Asas Kompang / alat muzik tradisional (rebana /gendang / gong)
• Mengeksplorasi alat muzik kompang dan cara bermain secara melalu/meningkah/menyilang
• Mengeksplorasi alat muzik tradisional (gendang/rebana/gong) dan cara bermain serta mengamalkan nilai positif