Digital Learning Initiative Of Melaka

(Jabatan Pendidikan Negeri Melaka) 

GURU/PEGAWAI DARI MELAKA ATAU LUAR MELAKA, DI ALU-ALUKAN BERKONGSI BAHAN / MODUL DISINI

BORANG PERMOHONAN RAKAMAN VIDEO PEMBELAJARAN

Arus globalisasi membentuk hala tuju baharu pendidikan dunia. Sehubungan itu, guru perlu mempunyai pengetahuan kandungan pedagogi abad ke-21 kerana dalam bilik darjah, guru memainkan peranan aktif dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk mengubah tingkah laku murid.

Satu kerangka mengenai pedagogi abad ke-21 untuk generasi digital hari ini diperkenalkan dan diguna pakai dalam banyak kajian di seluruh dunia.

Ia mengandungi lapan komponen utama, meliputi pembelajaran kolaboratif, mengupayakan teknologi, pengembangan kemahiran penyelesaian masalah, pembelajaran berasaskan projek, mengoptimumkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai sumber maklumat, menggalakkan amalan refleksi, mengembangkan kemahiran berfikir dan pentaksiran.

Murid hari ini memerlukan lebih banyak pemahaman dalam pelbagai perkara untuk berjaya dalam zaman yang pesat berubah. Disebabkan itu, pembelajaran secara kolaboratif amat penting.

Peranti mudah alih seperti komputer riba, telefon pintar, tablet dan pelbagai alatan ICT lain boleh dijadikan platform meningkatkan pembelajaran kolaboratif.

Apa itu Komuniti Guru Digital Learning?

Salam sejahtera, cikgu!

Selamat datang ke Komuniti Guru Digital Learning bersama KPM! Sumber di sini disediakan khas buat guru-guru di Malaysia untuk membina kemahiran mereka dalam menjadi guru yang dapat menjalankan PdPc dalam talian menggunakan kemudahan teknologi yang ada.

5 modul yang disediakan direkabentuk dan disusun untuk membantu guru-guru mula dari tahap perancangan hinggalah ke tahap bersedia untuk berkongsi bahan pengajaran dengan murid melalui pendekatan dalam talian. 

Modul ini berfokuskan aplikasi yang tersedia di dalam pelantar Digital Learning KPM seperti produk aplikasi Google untuk pendidikan dan juga aplikasi interaktif luaran seperti Quizziz, Kahoot dan banyak lagi. 

Terdapat pelbagai tip tambahan bagi memastikan bahan pengajaran yang dibina guru sesuai dan kandungannya dapat disampaikan dengan efektif.