Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ialah angkatan pertahanan awam di Malaysia yang terletak di bawah kawalan Jabatan Perdana Menteri. Dahulu dikenali sebagai JPA3 atau Rescue 991, kemudian dikenali sebagai JPAM, dan terkini sebagai APM
PENGENALAN
Di atas kesedaran itu maka dalam tahun 1951 Ordinan Pertahanan Awam telah diluluskan dan dalam tahun 1952 sebuah Jabatan telah ditubuhkan bagi melaksanakan maksud ordinan tersebut. Jabatan tersebut telah diberi nama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Apabila negara mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, tanggungjawab Pertahanan Awam terletak di bawah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Jadual ke sembilan (9) Perlembagaan Malaysia. Berikutan daripada itu maka dalam tahun 1958 Pertahanan Awam menjadi sebagai salah satu unsur tetap Sistem Pertahanan Negara. Dalam tahun 1979, Ordinan Pertahanan Awam (1951) telah dipinda dengan menambah tanggungjawab memberi Khidmat Bantuan Bencana semasa aman sehinggalah ke hari ini