Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Program Sekolah Selamat untuk dilaksanakan oleh semua sekolah di seluruh negara. Tujuan utama pelaksanaan program ini ialah untuk mewujudkan persekitaran sekolah agar warga sesebuah sekolah itu merasa selamat untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta menjalankan kegiatan kokurikulum tanpa gangguan dari mana-mana pihak sama ada dari luar mahu pun dari dalam. Aspirasi Sekolah Selamat menjadikan sekolah sebagai tempat di mana perbezaan budaya dan nilai setiap individu atau kumpulan dihargai oleh semua pihak, di samping amalan menjaga keselamatan dijadikan budaya dalam kehidupan seharian.
Program ini melibatkan warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan untuk bekerjasama bagi menjamin kejayaan pelaksanaan program keselamatan di sekolah.
Program Keselamatan Sekolah didefinisikan sebagai suasana yang selamat di
dalam dan di luar sekolah bagi meningkatkan keyakinan dan kekuatan diri (jati
diri) murid untuk membantu pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah.
Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan
dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat.
Melahirkan murid berkeperibadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek keselamatan.
Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat.
Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam Program Keselamatan Sekolah.
CIRI-CIRI SEKOLAH SELAMAT
Mempunyai peraturan
Mempunyai pengawal keselamatan
Sekolah dikelilingi pagar
Mempunyai pemantau/ guru bertugas
Dilengkapi dengan peralatan kecemasan
Ada pelan kecemasan
Dilengkapi dengan CCTV
Mempunyai Alat Pemadam Api
SKOP DAN BIDANG TUGAS
1.1 Menyediakan polisi, manual dan tatacara tindakan berkaitan keselamatan di sekolah.
1.2 Menyediakan pelan tindakan kontingensi bagi menghadapi krisis dan bencana alam.
1.3 Menentukan keperluan kemudahan keselamatan untuk murid-murid dan sekolah.
1.4 Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam Pendidikan Keselamatan.
1.5 Menentukan warga sekolah didedahkan dengan kemahiran menghadapi kecemasan.
1.6 Bekerjasama dengan komuniti, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan.
MANUAL KESELAMATAN SEKOLAH
KRISIS DAN BENCANA
Banjir
Kebakaran
Perubahan Cuaca
Wabak Penyakit
KESELAMATAN FIZIKAL SEKOLAH
Kantin
Pusat Sumber
Padang Dan Gelanggang Permainan
Pendawaian Dan Peralatan Elektrik
Perabot Kelas
Bengkel RBT
Makmal Sains
Kawasan Sunyi Dan Gelap
Bangunan Dalam Kawasan Sekolah
Tandas
KESELAMATAN SOSIAL
Peras Ugut
Sumbang Mahram
Gangguan Seksual
Membuli
Keharmonian Kaum
Gangguan Emosi Dan Rohani
KESELAMATAN PERSEKITARAN DAN LOKASI SEKOLAH
Keselamatan Persekitaran
Kawasan Berhampiran Jalan Raya
Kawasan Perumahan
Kawasan Berisiko