Selamat Datang ke Portal DELIMa SK Pulau Indah 2025
Digital Education Learning Initiative Malaysia atau lebih dikenali sebagai DELIMa merupakan pelantar pembelajaran yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2019, sebagai kesinambungan persekitaran pembelajaran maya dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Pelantar pembelajaran dalam talian ini menawarkan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta bahan-bahan rujukan pembelajaran untuk kegunaan pelajar dan guru.
DELIMa boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja hanya menggunakan peranti yang mempunyai capaian Internet.
Akses kelas dalam talian melalui Google Classroom
Menjadi alat komunikasi antara murid dan guru
Akses dan muat turun Buku Teks Digital
Akses kepada pelbagai aplikasi dan perisian pembelajaran
ID yang sama boleh digunakan dari Darjah Satu hingga Tingkatan Enam/Matrikulasi
Berkongsi dan memuat turun bahan-bahan pembelajaran
Perlu bantuan mengenai DELIMa? Klik yang berkenaan.