Selamat Datang ke Portal DELIMa SK Pulau Indah 2025
Pastikan anda mempunyai peranti yang mempunyai capaian Internet.
Buka browser pada peranti anda.
Contoh browser adalah Google Chrome, Safari for iPhone, Mozilla Firefox dan sebagainya
Pergi ke laman web DELIMa: https://d2.delima.edu.my/.
Gambar berikut adalah homepage (halaman utama) DELIMa.
Klik kotak semak (checkbox) di sebelah I Agree to the term and conditions.
Klik butang (button) kuning Click here to login
Isikan ID DELIMa anda. Kemudian tekan Next.
ID DELIMa murid bermula dengan huruf m- diikuti oleh lapan (8) digit.
ID DELIMa guru bermula dengan huruf g-, juga diikuti oleh lapan (8) digit.
Sekiranya anda tiada ID atau tidak pasti berkenaan ID DELIMa, sila hubungi pentadbir (admin) sekolah atau guru kelas.
Isikan kata laluan (password). Kemudian tekan Next.
Jangan kongsikan kata laluan anda kepada sesiapa!
Klik butang Continue.
Kemudian, klik butang Allow.
Anda sudah berjaya log masuk ke DELIMa!
Sekiranya anda gagal untuk log masuk, sila hubungi pentadbir atau guru kelas.