Pentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL) merupakan aktiviti sokongan dalam membudayakan KBAT yang berfokus kepada meningkatkan kemahiran dan keupayaan murid serta menjadikan mereka berpengetahuan, berkemahiran berfikir aras tinggi dan mempunyai daya saing di peringkat global.
PKL ini dilaksanakan sebagai persediaan kepada guru dan murid bagi menghadapi Trends In Mathemathics and Science Study (TIMSS) dan Programme For International Student Assesment (PISA). Maka, selaras dengan usaha yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia ini dapatlah menjadi penanda aras kepada tahap penguasaan dan pencapaian murid dalam bidang sains dan matematik.
Tempoh pelaksanaan bagi Pentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL) adalah bermula 05 Nov - 17 Nov 2023. Ianya dilakukan kepada dua kategori iaitu sekolah rendah (tahun 4, 5 dan 6) dan menengah (tingkatan 1, 2 dan 3). Domain yang ditaksir adalah sains, matematik, bacaan dan kewangan. Kaedah menjawab boleh dilakukan secara online ataupun bertulis.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah mengambil inisiatif bagi melaksanakan PKL ini dengan menetapkan tarikh 05-16 Nov 2023 secara online untuk menjalankan pentaksiran tersebut.