DELIMa Daerah Pontian

Digital Educational Learning Initiative Malaysia

PENGENALAN

Apa itu DELIMa 

DELIMa merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia. Ia merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE.

DELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pendidik dan juga pelajar untuk belajar secara dalam talian.

CARA AKSES PORTAL DELIMa

Sepertimana MOE Digital Learning, DELIMa masih menggunakan platform yang sama iaitu halaman Google Sites sebagai tapak asas bagi platform ini.

Oleh itu, guru dan pelajar boleh mengakses platform DELIMa menggunakan e-mel MOE Digital Learning (DL) yang telah dibekalkan sebelum ini, iaitu ketika di sekolah rendah 

01 - PEMAKLUMAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN PELANTAR DELIMA DAN SOP02 - Surat SOP DELIMa03 - MAKLUMAN BERKAITAN ID DAN FITUR TAMBAHAN DALAM DELIMa04 - FINAL MoE  GSEfE FAQ EDARAN - 2409202105 - My PortFolio GPB 06 - Surat Punca Kuasa Galakan Pembudayaan DELIMa

Cara Mudah Log in Portal Delima dengan Telefon Bimbit (klik pd gambar)


DELIMa versi 2.0 terkini

DELIMa versi 2.0 kini boleh di capai di d2.delima.edu.my/ 

DASHBOARD PENGGUNAAN DELIMa KPM

Pautan Dashboard Penggunaan DELIMa KPM - https://bit.ly/penggunaandelimaKPM


DASHBOARD PENGGUNAAN DELIMA NEGERI JOHOR 

Dashboard = bit.ly/DELIMaJOHOR


klik untuk ke dashboard

MEJA BANTUAN DELIMa

SEBARANG ISU DELIMa HUBUNGI MEJA  BANTUAN DELIMa (ADMIN SEKOLAH SAHAJA)

Langkah 1 : Melalui Portal DELIMa 2.0

- Log Masuk sebagai admin di https://d2.delima.edu.my/

-  Pada Paparan Utama, cari dan klik ikon > Pautan ke Servis KPM

- Pilih ikon >Meja Bantuan

- Isi borang Online : Meja Bantuan Portal Digital Learning KPM

      *Email id Pengguna (Taipkan email admin sahaja)

      *Sekolah atau jabatan (Taip Nama sekolah)

      * Nyatakan isu (Pilih tajuk isu atau taip tajuk baharu)

      * Tuliskan deskripsi isu (Taip dan huraikan isu anda)


Langkah 2 : Email rasmi Meja Bantuan

- Hantar email anda menggunakan ID admin DELIMa sekolah

- Hantar ke : dhd@moe-dl.edu.my

- Lampirkan bahan sokongan bagi menyokong isu anda seperti screenshot APDM, eOperasi (Isu ID) dan lain-lain jika perlu

- CCkan email aduan anda pada admin DELIMa Daerah (Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan, PPD)

     Batu Pahat : ppd-j010@moe-dl.edu.my

     Johor Bahru :  ppd-j020@moe-dl.edu.my

     Kluang :  ppd-j030@moe-dl.edu.my

     Kota Tinggi :  ppd-j040@moe-dl.edu.my

     Mersing :  ppd-j050@moe-dl.edu.my

     Pontian :  ppd-j070@moe-dl.edu.my

     Segamat :  ppd-j080@moe-dl.edu.my

     Kulai :  ppd-j090@moe-dl.edu.my

     Pasir Gudang :  ppd-j100@moe-dl.edu.my

     Tangkak :  ppd-j110@moe-dl.edu.my

- Selepas hantar, sabar tunggu respon dan tindakan Meja Bantuan


Sektor Sumber & Teknologi Pendidikan,

Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

10.05.2022 | 9:50 pagi