Pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) kepada semua murid berkeperluan pendidikan khas di seluruh negara melalui surat pekeliling ikhtisas dan Buku Panduan Rancangan Pendidikan Individu Edisi Kedua.
Pautan : Slaid Pembentangan RPI Edisi ke-2
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7 Tahun 2023 dan Buku Panduan RPI Edisi ke-2
Wacana Ilmu telah disiarkan secara rasmi melalui pelantar Unit Sumber Teknologi Pendidikan (USTP), Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh pada 20 Julai 2024, 10.00 pagi.
Pautan : Wacana Ilmu
Buku Poket Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) Edisi Pengenalan merupakan bahan rujukan yang penting untuk individu yang mengalami masalah pendengaran dan juga bagi mereka yang berminat untuk mempelajari asas kemahiran bahasa isyarat.
Buku bersaiz poket ini menyediakan maklumat asas untuk mempelajari bahasa isyarat mengikut format KTBM, menambah perbendaharaan kata dan frasa yang berguna dalam situasi harian serta dapat menjadi rujukan pantas di mana sahaja oleh kerana saiznya yang kecil dan mudah dibawa.
Buku poket ini juga adalah sebagai sokongan kepada pembelajaran inklusif untuk membantu murid berkeperluan pendidikan khas ketidakupayaan pendengaran agar dapat berkomunikasi dengan masyarakat.
Selain dari itu, buku poket ini juga diharapkan dapat mempromosikan bahasa isyarat melalui KTBM dalam pelbagai konteks termasuk dalam bidang pendidikan serta komunikasi harian.
Versi flipbook : https://online.fliphtml5.com/drpor/fqof/
Modul Ihsan - Intervensi Pencegahan Jenayah Seksual Untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
Garis Panduan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (Edisi 2018)
Kurikulum Pendidikan Khas⭐️new
Pengurusan Korikulum Pendidikan Khas⭐️new
Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Pendidikan Khas⭐️new
Dasar Pendidikan Khas dan Ciri-ciri Murid Berkeperluan Pendidikan Khas⭐️new
Bimbingan Profesional Dalam Memperkasakan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah⭐️new
Edisi 2020 - terbitan Jabatan Pembangunan Kemahiran Bahagian NOSS
Edisi 2020 - terbitan Jabatan Pembangunan Kemahiran Bahagian NOSS
Laman Google Sites Modul Interaktif Bijak Isyarat (MIBI) dibangunkan khas untuk para guru , ibu bapa dan murid bagi memudahkan proses mengakses bahan MIBI secara maya. Googlesite ini juga merupakan satu alternatif sekiranya pengguna ingin mengakses bahan secara digital tanpa menggunakan bahan bercetak.
Pengguna boleh mendapatkan pelbagai kemudahan di laman ini seperti :
🔸Bahan softcopy MIBI
🔸Lembaran Kerja Interaktif
🔸Bahan Bacaan
🔸Koleksi Bahan PdPR
Semoga MIBI memberi manfaat kepada semua😊
Berikut adalah pautan yang disediakan:
🔹Pautan Laman Google Sites MIBI
https://sites.google.com/view/modulinteraktifbijakisyarat/halaman-utama
🔹Pautan Telegram MIBI
(bagi tujuan contoh pengajaran/perkongsian gambar penggunaan MIBI/idea aktiviti menggunakan MIBI) :
https://t.me/joinchat/AkhhauZqezo1Zjg1
🔹Borang Maklum Balas berkaitan MIBI
https://forms.gle/v8m5Q8Cy9PTzPnRy9
SMK TUN HUSSEIN ONN, JOHOR ⭐️new upload
Tajuk: Pembuatan Roti (KVS)
(Kategori: Ketidakupayaan Pendengaran/ Masalah Pembelajaran)
Bahan bantu ini merupakan set induksi bagi mata pelajaran KVS Asas Roti yang menggunakan video sebagai medium pengajaran. Video tersebut bertujuan mengukuhkan kefahaman murid melalui pengulangan kandungan berkaitan bahan pembuatan roti sebelum guru memulakan aktiviti amali pembuatan roti.
https://drive.google.com/open?id=1kEuK4CCeGbA8AM3hUjIyqMBHmOsYQfc9
SKPK MELAKA, MELAKA ⭐️new upload
Tajuk: Bahasa Melayu (Tahun 2 – KVK)
(Kategori: Ketidakupayaan Pendengaran)
Video ini merupakan bahan bantu mengajar untuk membantu MBPK ketidakupayaan pendengaran mempelajari kemahiran mengeja perkataan KVK (Konsonan–Vokal–Konsonan) secara berperingkat dan interaktif. Video ini memaparkan gabungan huruf menggunakan isyarat, sebutan suku kata, visual yang jelas serta pengulangan bunyi bagi mengukuhkan hubungan antara huruf dan bunyi.
https://drive.google.com/open?id=1gJwidVhsG3ItZreoYyQdYG6bf5fsVPiB
SKPK SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN ⭐️new upload
Tajuk: Pendidikan Islam (Tahun 2)
(Kategori: Ketidakupayaan Pendengaran)
Video ini merupakan bahan pendidikan bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Tahun 2 untuk murid bermasalah pendengaran dengan tajuk Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Pengajaran disampaikan melalui gabungan teknik komunikasi menyeluruh dan animasi grafik yang bersesuaian bagi membantu murid memahami konsep dengan lebih jelas dan berkesan.
https://drive.google.com/open?id=1m_lJsD_7Q5CcD2wmMT2_003wG6fFBQeQ
SMPKV KUANTAN, PAHANG ⭐️new upload
Tajuk: Keselamatan Diri di Bengkel
(Kategori: Ketidakupayaan Pendengaran dan Masalah Pembelajaran)
Video ini memaparkan proses pengajaran dan pembelajaran bertajuk “Keselamatan Diri di Bengkel” untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dan Pendengaran. Melalui pendekatan visual dan demonstrasi praktikal, guru membimbing murid mengenal pasti cara menjaga keselamatan diri di bengkel (bengkel memasak). Pendekatan PdP ini menekankan pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar dan penglibatan aktif murid bagi memastikan pemahaman yang lebih berkesan. Video ini didahului dengan situasi yang sering berlaku di dalam bengkel yang mana murid boleh menghubungkaitkan dengan pengalaman murid sendiri dan seterusnya penerangan guru disertai dengan simulasi oleh murid menjadikan video ini sebagai satu medium pengajaran yang inklusif selaras dengan usaha memperkasakan kualiti PdP di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan.
https://drive.google.com/open?id=1gpKJ5LzG1hNUrpSTJ-DVRS5ozBXLcbtp
SKPK KUALA TERENGGANU, TERENGGANU⭐️new upload
Tajuk: Bahasa Melayu
(Kategori: Ketidakupayaan Pendengaran)
Video ini bertujuan memperkenalkan Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) bagi kata kerja seperti makan, minum, duduk dan tidur, bagi membantu murid menambah kosa kata dalam bahasa isyarat. Selain itu, video ini turut menyokong pembangunan kemahiran MBPK pendengaran dalam membina ayat Bahasa Melayu dengan lebih berkesan.
https://drive.google.com/open?id=1a8aky97AVCqLlXY2faKJGYkl_SbYHR0O
SMK SELAYANG BHARU, SELANGOR⭐️new upload
Tajuk: Bahasa Melayu
(Kategori: Ketidakupayaan Pendengaran)
Video pengajaran “Kata Nama Am” menggunakan pendekatan visual, audio dan aktiviti interaktif untuk membantu MBPK memahami dan menggunakan kata nama am dengan betul. Gambar, warna dan contoh harian memudahkan pembelajaran, manakala pengulangan membolehkan murid belajar mengikut keupayaan masing-masing, meningkatkan tumpuan, kefahaman dan motivasi. Pendekatan ini berkesan dalam memperkukuh kemahiran asas bahasa serta membina keyakinan diri murid dalam penggunaan Bahasa Melayu.
https://drive.google.com/open?id=14sQh5WXszyaWG5OsKh94HW5z6xyyDlhU
SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (INTEG) KAJANG, SELANGOR⭐️new upload
Tajuk: Pembuatan Roti Sarang Lebah
(Kategori: Ketidakupayaan Pendengaran)
Video ini adalah berkaitan dengan penyediaan roti sarang lebah bermula daripada penyediaan bahan, hiasan sehingga proses membakar. MBPK ditunjukkan bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaan langkah demi langkah. MBPK juga dibimbing membentuk doh, menghias roti dan membakar roti dengan selamat. Aktiviti ini membantu MBPK mempelajari kemahiran asas penyediaan makanan serta mengikut urutan kerja dengan betul.
https://drive.google.com/open?id=1D_1ciG4216ickHrA0U9zsoXbmqfbtqB5
SK TAMAN DESA 2, SELANGOR⭐️new upload
Tajuk: Bahasa Isyarat Komunikasi (Nombor)
(Kategori: Ketidakupayaan Pendengaran)
Video ini memaparkan sesi pengajaran dan pembelajaran oleh guru berkaitan nombor 1 hingga 5. Guru memperkenalkan nombor menggunakan isyarat tangan serta mengeja setiap nombor, sambil menunjukkan bilangan objek yang diwakili oleh nombor tersebut. Pendekatan ini membantu MBPK memahami konsep nombor secara visual dan kinestetik, serta mengukuhkan kemahiran mengeja, menyebut nombor, dan mengaitkannya dengan kuantiti secara serentak.
https://drive.google.com/open?id=1rdLHJXiuQOTQIzgcnyrbFDS_9XZ7fQgB
SK SERI UTAMA, SELANGOR⭐️new upload
Tajuk: Kemahiran Manipulatif (Motor Kasar: Pergerakan Asas Bahagian Kaki)
(Kategori: Ketidakupayaan Pendengaran)
Video pengajaran subjek Kemahiran Manipulatif bertajuk Motor Kasar: Pergerakan Asas Bahagian Kaki membimbing murid melakukan pergerakan kaki mengikut keupayaan masing-masing. Setelah menguasai pergerakan asas, murid digalakkan bermain ketingting secara berkumpulan dengan bimbingan guru mengikut peraturan yang ditetapkan.
https://drive.google.com/open?id=1MmluL8RlsJHlUD5AMd_qSUGEI-HYYGGL
SMPKV SHAH ALAM, SELANGOR⭐️new upload
Tajuk: Perkakasan Elektrik
(Kategori: Ketidakupayaan Pendengaran)
Video bertajuk Simbol-simbol Elektrik memperkenalkan murid kepada pelbagai perkakasan elektrik di rumah beserta simbol yang mewakili setiap perkakasan. Video ini membantu murid mengenal pasti dan memahami simbol elektrik dengan lebih jelas.
https://drive.google.com/open?id=1LGDpXEMmI0NesmY8kG5PlRAihxtpuuvw
SMK PUTRAJAYA PRESINT 18(1), PUTRAJAYA ⭐️new upload
Tajuk: Arah Mata Angin
(Kategori: Ketidakupayaan Pendengaran)
Video ini menerangkan tentang empat arah mata angin iaitu Timur, Barat, Utara dan Selatan, dengan cara yang mudah difahami oleh MBPK. Konsep diperkenalkan secara visual dan praktikal, membantu murid mengenal pasti arah serta mengaitkannya dengan persekitaran seharian secara menyeronokkan dan interaktif.
https://drive.google.com/open?id=1okvyUMt8aaKllFISrpgVX-DaN86ecdOP
SKPK KOTA KINABALU & SK SG ANIB 3, SANDAKAN, SABAH ⭐️new upload
Tajuk: Sajak (Indahnya Langit) BIK – Tahun 6
(Kategori: Ketidakupayaan Pendengaran)
Video ini memaparkan kesungguhan anak-anak MBPK dalam menyampaikan sajak secara berkumpulan. Mereka menggunakan isyarat, disertai ilustrasi dan gaya penyampaian yang kreatif, bagi mengekspresikan maksud sajak dengan jelas dan menyeronokkan. Aktiviti ini membantu murid membina keyakinan diri, kemahiran komunikasi bukan lisan, serta kerjasama dalam kumpulan.
https://drive.google.com/open?id=1IU-KnZPDELKAdXBfsU5lQUdHGN5yIUIH
SMK TAMAN RIA & SMK TENGHILAN, SABAH ⭐️new upload
Tajuk: Asid dan Alkali (Tingkatan 2)
(Kategori: Ketidakupayaan Pendengaran)
Video ini menerangkan cara menentukan sifat asid atau alkali sesuatu bahan menggunakan kertas litmus merah dan biru mengikut silibus KSSM Tingkatan 2, Bab 6: Asid dan Alkali. Murid dapat memahami fungsi kertas litmus sebagai penunjuk mudah melalui demonstrasi perubahan warna dan contoh bahan harian seperti cuka, kopi, sabun kain dan soda bikarbonat. Pendekatan visual dan aktiviti eksperimen mudah ini memudahkan pemahaman konsep serta menggalakkan pembelajaran aktif di rumah dengan bimbingan guru atau ibu bapa.
https://drive.google.com/open?id=1tPy7izPH8Par0hvO4Jb-vYF_yFaIDjeP
SMK DATUK PETER MOJUNTIN, SABAH ⭐️new upload
Tajuk: Amanah
(Kategori: Ketidakupayaan Pendengaran)
Video ini menerangkan konsep amanah sebagai kepercayaan dan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah SWT kepada manusia. Amalan amanah, seperti bersikap jujur, menepati janji, menjaga harta dan melaksanakan tugas dengan bertanggungjawab, menjadi asas kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara. Individu yang amanah akan mendapat kepercayaan, keberkatan hidup serta menjadi teladan, seterusnya menyumbang kepada kebahagiaan dunia dan akhirat serta kemakmuran negara.
https://drive.google.com/open?id=1jI6BpdR9t4up2vYZ6PQtgUQR6KJkhsY0
SKPK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK ⭐️new upload
Tajuk: Sains (Tahun 2) – Litar Lengkap dan Tidak Lengkap
(Kategori: Ketidakupayaan Pendengaran/ Masalah Pembelajaran)
Video ini menerangkan konsep litar lengkap dan litar tidak lengkap menggunakan bateri sel kering dan mentol untuk tujuan simulasi. Melalui demonstrasi praktikal ini, murid dapat melihat dengan jelas perbezaan antara litar yang lengkap, yang membolehkan mentol menyala, dan litar yang tidak lengkap, yang menyebabkan mentol tidak menyala, sekaligus memudahkan pemahaman konsep elektrik secara visual dan interaktif.
https://drive.google.com/open?id=1vJIcCqoSiwq_3p_pGLGu4_DcSHnl9ooj
SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS TUARAN
Tajuk : Edubayu : Transformasi Digital SKPK Tuaran
Transformasi digital di SK Pendidikan Khas Tuaran dimulakan dengan meningkatkan infrastruktur ICT dan menggunakan Google Workspace for Education. Sekolah ini memperkenalkan pelbagai amalan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) digital, termasuk penggunaan aplikasi interaktif seperti Quizizz dan Wordwall.
Bagi murid berkeperluan khas, termasuk murid ketidakupayaan penglihatan, pendekatan PdP disesuaikan dengan aplikasi seperti visual schedules dan aktiviti sentuhan interaktif yang disokong tablet, yang meningkatkan tumpuan dan keyakinan diri mereka. Transformasi ini juga mempercepat proses pentadbiran sekolah, menjadikan semua dokumentasi dan laporan digital.
Secara keseluruhannya, inisiatif ini membuktikan bahawa saiz sekolah bukanlah penghalang untuk mencapai kemajuan digital yang inklusif, memberi peluang kepada semua murid untuk meneroka potensi diri dalam era digital.
https://drive.google.com/file/d/13ditiGuPZjNCe38Wzvl57Z8oISMV5FEH/view?usp=drive_link
SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS SG PETANI
Tajuk : Transformasi Digital Dan AI Di Sekolah Pendidikan Khas 2025
Transformasi digital dan AI membuka peluang besar dalam meningkatkan pembelajaran murid pendidikan khas. Teknologi seperti aplikasi interaktif, perisian pembelajaran adaptif, dan AI membantu guru menyediakan pembelajaran yang lebih individualistik, responsif dan mesra keperluan murid.
https://drive.google.com/file/d/1vYLH1ncLsur5bYxubrRAVOHtgEE0_FMJ/view?usp=drive_link
SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS SEREMBAN
Tajuk : Pelaksanaan Teknologi Dan Digital SKPK Seremban
Video ini memaparkan budaya pendigitalan yang diamalkan dalam kalangan warga SKPK seremban. Pembudayaan digital ini termasuklah penggunaan peralatan ICT sewaktu PdP dan kokurikulum, penggunaan perisian canva dalam kalangan murid, penggunaan pelantar delima dalam PdP, penghasilan kerja murid dengan menggunakan teknologi ICT serta perkongsian amalan baik tentang AI dalam kalangan guru.
https://drive.google.com/file/d/1k8BPNfBhm0VyyGGVB1y90wH48vRwQYmp/view?usp=drive_link
SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS PRINCESS ELIZABETH
Tajuk : Dunia Pembelajaran Digital SKPK Princess Elizabeth
Video memaparkan bahan digital yang digunakan oleh murid-murid ketidakupayan penglihatan dan pembelajaran di SKPK Princess Elizabeth
https://drive.google.com/file/d/13LzuZ6S2AtAS3VWi5DPPWtH1NHOiQSlT/view?usp=drive_link
SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS MUAR
Tajuk : Generasi Fasih Digital Pendidikan Digital SK Pendidikan Khas Muar
Dasar pendidikan digital yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) merupakan langkah progresif dalam merevolusi pendidikan di negara kita. Murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) tidak terkecuali dalam usaha menyokong digitalisasi pendidikan ke arah malaysia yang lebih produktif. Pelbagai usaha dan inisiatif terutama daripada pihak SK Pendidikan Khas Muar telah mengimplimentasi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) mengikut keupayaan murid bagi mengoptimumkan fungsi serta potensi setiap individu.
https://drive.google.com/file/d/1keiJDCrIPDQGB8oKurliv-o2D7kFYW49/view?usp=drive_link
SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS MIRI
Tajuk : ICT Di SKPK Miri
Video ini memaparkan tentang penggunaan ICT dalam aktiviti di SKPK Miri. Selain itu, video ini juga menunjukkan penggunaan peranti dalam kalangan murid dan guru. Perkongsian kemahiran dalam ICT juga turut dilaksanakan di sekolah. Murid juga menyertai pertandingan yang melibatkan kemahiran teknologi dan maklumat.
https://drive.google.com/file/d/1QCNsUPPOWvtzmmdeazChsyfR81D3hGiR/view?usp=drive_link
SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS KUCHING
Tajuk : Pelaksanaan Teknologi & Digital Peringkat SPK 2025 -SKPK KUCHING
SK Pendidikan Khas Kuching telah berjaya mengintegrasikan teknologi dan digital dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk murid berkeperluan khas, terutamanya pada Tahap 2. Sekolah ini memanfaatkan sepenuhnya tablet serta pelbagai aplikasi interaktif seperti Kahoot dan Quizizz, yang meningkatkan minat murid terhadap sesi PdP.
Pendedahan ini bukan sahaja berjaya melahirkan murid yang mahir digital, tetapi juga membuahkan hasil dalam pertandingan. Mereka meraih tempat pertama dan kedua di peringkat negeri dalam Sarawak Information Technology Challenge (SITC). Lebih membanggakan, murid aliran perdana ketidakupayaan penglihatan juga turut terlibat dan menunjukkan kebolehan mereka. Mereka berjaya menggunakan tablet untuk membina aplikasi Android dan memenangi pertandingan Android di peringkat kebangsaan.
Kejayaan ini membuktikan bahawa penggunaan teknologi digital yang berterusan di sekolah dan rumah, dengan sokongan ibu bapa, sangat efektif dalam melahirkan murid yang berdaya saing. Sekolah berharap agar inisiatif ini dapat diperluas lagi dengan peranti seperti papan pintar (smart board) pada masa akan datang.
https://drive.google.com/file/d/1hNWNKsStG3K8LaAdlb2_s-leM5EEstp_/view?usp=drive_link
SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS KUALA TERENGGANU
Tajuk : Kutses Memacu Reformasi Pendidikan Digital
Pendigitalan di sekolah melibatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan pengajaran, pembelajaran, dan pengurusan pendidikan. AI membolehkan pembelajaran disesuaikan mengikut tahap dan kebolehan setiap murid, termasuk murid berkeperluan khas seperti murid ketidakupayaan penglihatan. Platform AI dapat memberikan aktiviti dan latihan yang sesuai, manakala guru pula dibantu dalam menanda tugasan dan merancang pengajaran yang lebih berkesan.
Walaupun AI membawa banyak manfaat, pelaksanaannya menghadapi cabaran seperti kekurangan kemahiran guru, serta isu keselamatan dan privasi data murid. Oleh itu, latihan profesional untuk guru, penambahbaikan infrastruktur digital, dan penggubalan dasar perlindungan data yang lebih ketat adalah penting untuk memastikan teknologi ini digunakan secara beretika dan berkesan, sekaligus membentuk generasi masa depan yang celik teknologi.
https://drive.google.com/file/d/1tnu9LbtopHgnPOQDeekXOnv0H-tB48mq/view?usp=drive_link
SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS KELANTAN
Tajuk : Penggunaan Teknologi Dan Digital Serta AI Di SKPK Kelantan
Video ini menyoroti usaha SK Pendidikan Khas Kelantan dalam mengintegrasikan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan proses pembelajaran. Video ini memaparkan penggunaan pelbagai peralatan canggih seperti komputer, tablet, papan interaktif (interactive board), dan smart TV bagi menyokong keperluan pembelajaran murid-murid berkeperluan khas.
Penerapan teknologi ini bukan sahaja terhad kepada murid dengan masalah pembelajaran, tetapi juga meliputi murid ketidakupayaan penglihatan. Walaupun tidak dinyatakan secara spesifik, penggunaan peralatan seperti tablet dan komputer selalunya dilengkapi dengan ciri-ciri aksesibiliti yang memudahkan murid ketidakupayaan penglihatan untuk menggunakannya. Kesan positif daripada inisiatif ini jelas kelihatan melalui pencapaian murid dalam bidang digital, menunjukkan betapa berkesannya teknologi dalam membuka peluang dan meningkatkan potensi mereka.
https://drive.google.com/file/d/1GVjydksu3Hhsya736cd-MTWSp2bSTDlB/view?usp=drive_link
SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS BESUT
Tajuk : Kuasa Pendidikan Digital Terhadap MBPK Di Sekolah
Video ini memperlihatkan bagaimana pendidikan digital menjadi alat penting untuk memperkaya pengalaman belajar bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK). Ia menampilkan pelbagai teknologi seperti aplikasi pembelajaran, perisian sokongan, dan peranti bantu yang direka khusus untuk memenuhi keperluan unik mereka.
Secara spesifik, video ini menunjukkan bagaimana teknologi digital juga memberi manfaat besar kepada murid ketidakupayaan penglihatan. Walaupun tidak dinyatakan secara terperinci, ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa perisian sokongan khas dan peranti bantu boleh merangkumi teknologi aksesibiliti seperti pembaca skrin atau perisian pembesaran, yang membolehkan murid ketidakupayaan penglihatan belajar dengan lebih efektif dan berdikari.
https://drive.google.com/file/d/1KB-shLbHU-H383LQnelhmGKI5dNMG5nA/view?usp=drive_link
SK SERI BAYU & SK SULTAN YUSOFF, PERAK (PPKI)
Tajuk: Pakaian (BIK Tahun 6) (Kategori: Ketidakupayaan Pendengaran)
Video PdP ini memfokuskan kepada tajuk ‘Pakaian’ bagi subjek Bahasa Isyarat Komunikasi Tahun 6. Empat jenis pakaian tradisional diketengahkan, iaitu selendang, tanjak, kain songket dan sepatu. Dalam video ini, guru bukan sahaja mengeja dan mengisyaratkan setiap jenis pakaian, malah turut menyertakan gambar pakaian dan gambar isyarat yang berkaitan. Penyediaan bahan visual yang pelbagai ini dapat membantu murid kurang upaya pendengaran memahami kandungan pelajaran dengan lebih berkesan dan bermakna.
https://drive.google.com/open?id=1dszJpkOgWLJQvG5l54Gdka_nyKjhxH-Z
SMK TASEK DAMAI, PERAK (PPKI)
Tajuk: Adab Persahabatan (Pendidikan Moral Tingkatan 2) (Kategori: Ketidakupayaan Pendengaran)
Nilai murni merupakan elemen penting dalam Pendidikan Moral, khususnya dalam membentuk peradaban diri murid. Video 3-Minutes Pitching ini memaparkan adab-adab dalam persahabatan bagi mata pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 2 melalui sebuah filem pendek. Kisahnya berkisar tentang seorang murid yang menjaga adab terhadap sahabat baiknya, sekali gus mengeratkan hubungan persahabatan mereka. Video ini menggabungkan sudut rakaman yang kreatif, audio yang sesuai serta efek pencahayaan yang menarik, sekali gus meningkatkan daya tarikan terhadap isi kandungan. Lebih menarik, video ini menggunakan bahasa isyarat sepenuhnya, menjadikannya sangat sesuai untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang mempunyai masalah pendengaran. Pendekatan ini bukan sahaja menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan, malah mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih inklusif, menyeronokkan dan bermakna.
https://drive.google.com/open?id=1mJV9PSPiEz_L_LFnh2XnmpRrDHWLfRS2
SKPK IPOH, PERAK (SPK)
Tajuk: Teknik WADAP (Pendidikan Jasmani) (Kategori: Ketidakupayaan Pendengaran)
Teknik WADAP merupakan pendekatan sistematik dan menyeronokkan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani (PJ). Ia terdiri daripada empat langkah:
• WA (Warm Up Games) – Aktiviti memanaskan badan dalam bentuk permainan yang berkait dengan kemahiran yang akan diajar.
• D (Demonstrasi) – Guru atau murid berkemahiran menunjukkan kemahiran beserta penerangan yang betul.
• A (Amali) – Murid mencuba kemahiran yang dipelajari, manakala guru menilai tahap penguasaan mereka.
• P (Permainan Kecil) – Murid mengaplikasi kemahiran dalam situasi permainan sebenar, yang turut membina keseronokan, disiplin, kepimpinan dan kerjasama.
Penggunaan teknik ini menjadikan PdP PJ lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna. Ia juga berfungsi sebagai panduan berguna kepada guru baharu dalam merancang dan melaksanakan pengajaran PJ secara lebih terancang dan berfokus.
https://drive.google.com/open?id=1IeMM-juIVC3sElU1pAL3YiUbiTRzYlap
SK PENDIDIKAN KHAS MUAR, JOHOR (SPK)
Tajuk: Bahagian Tubuh Lembu (Kategori: Ketidakupayaan Pendengaran)
Video ini memberi fokus kepada topik bahagian tubuh badan lembu berserta kod isyarat yang berkaitan. Ia direka khusus untuk membantu murid memahami dan mengenal pasti nama-nama bahagian utama pada tubuh badan seekor lembu seperti kepala, ekor, kaki, tanduk dan lain-lain. Setiap bahagian diperkenalkan dengan sebutan, ejaan, dan demonstrasi kod isyarat yang jelas serta mudah diikuti. Pendekatan visual dan interaktif ini bukan sahaja memperkukuh pemahaman murid, malah memudahkan murid berkeperluan khas, terutamanya mereka yang mempunyai masalah pendengaran, untuk mengaitkan perkataan dengan isyarat secara langsung. Penyampaian yang menarik dan mesra murid ini turut menyokong perkembangan kosa kata, pemahaman konsep asas sains dan literasi bahasa isyarat dalam konteks pembelajaran dunia haiwan. Video ini sesuai dijadikan bahan bantu mengajar dalam bilik darjah yang inklusif dan dapat meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran secara visual dan berasaskan pengalaman.
https://drive.google.com/open?id=1nZETNmXfjj-CjfpdKGKplZhBO3sUO9Mj
SK LEDANG DAN SK BANDAR PONTIAN , JOHOR (PPKI)
Tajuk: Buku Jemari Emas (Kategori: Ketidakupayaan Pendengaran)
Video ini menerangkan cara penggunaan Buku Jemari Emas sebagai bahan bantu mengajar dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Buku ini mengandungi pelbagai kod isyarat asas yang merangkumi huruf, nombor, anggota badan, ahli keluarga, haiwan, buah-buahan, kenderaan, warna dan kalendar. Ia direka khusus untuk membantu murid, terutamanya murid bermasalah pendengaran, memahami dan menguasai bahasa isyarat secara berperingkat. Melalui buku ini, murid dapat melakukan pelbagai aktiviti latih tubi yang menyeronokkan dan berkesan seperti menyurih huruf dan nombor, memadankan kod isyarat dengan perkataan, serta mengenal dan mengingat kosa kata asas dalam bentuk visual. Pendekatan ini bukan sahaja memperkukuh kemahiran motor halus dan daya ingatan murid, malah menjadikan proses pembelajaran lebih interaktif, tersusun dan mesra murid. Buku Jemari Emas berpotensi menjadi rujukan penting dalam PdP yang inklusif dan berkesan.
https://drive.google.com/open?id=1JnqdDYW4ntqZu8LmNceGc-jA1jRg4A13
SMK TAMAN SUTERA, SMK DATO SYED ESA, SMK SRI AMAR DIRAJA MUAR, JOHOR (PPKI)
Tajuk: Pengurusan Diri (Tingkatan 1) Kategori: ketidakupayaan Pendengaran
Unit 1 Pengurusan Diri dalam KSSMPK Tingkatan Satu menekankan pengetahuan dan kemahiran menjaga kebersihan diri dari segi fizikal dan personaliti. Murid mempelajari penjagaan kebersihan empat anggota badan utama iaitu kepala, gigi, muka dan badan. Mereka juga diajar mengenal pasti bahan dan alat penjagaan diri yang sesuai serta cara penggunaan dan penyimpanannya dengan betul. Bahasa isyarat digunakan bagi membantu murid pendengaran memahami kod isyarat dengan tepat. Guru dan murid turut melakonkan cara penggunaan alatan penjagaan badan sebagai aktiviti pembelajaran. Selain itu, aspek dandanan diri turut ditekankan bagi menggalakkan murid menghias diri agar kelihatan kemas dan ceria. Murid juga dididik agar tidak berkongsi alatan dandanan diri untuk mengelakkan jangkitan penyakit seperti kelemumur dan kurap. Penjagaan kebersihan dan dandanan diri penting dalam kehidupan seharian untuk kesihatan, keyakinan dan imej diri yang positif.
https://drive.google.com/open?id=14l5v4bDwCDOFIvnmnjbGC9ae2aVY9AG5
SKPK TAIPING, PERAK (SPK)
Tajuk: Kata Arah (Bahasa Isyarat Komunikasi) Kategori: Ketidakupayaan Pendengaran
Video ini merupakan bahan pembelajaran bagi subjek Bahasa Isyarat Komunikasi dengan fokus kepada tajuk "Kata Arah". Guru menggunakan pendekatan komunikasi menyeluruh yang merangkumi pertuturan, kod tangan, serta pergerakan anggota badan bagi memantapkan pemahaman murid.
https://drive.google.com/open?id=1935zQfpPDfavKAJq3e8Zf0uro_U2RXiA
SMJK AYER TAWAR, PERAK (PPKI)
Tajuk: Langkah Penulisan Ringkasan Karangan (Bahasa Melayu)
Video ini menerangkan langkah-langkah penulisan ringkasan yang efektif. Ia memfokuskan kepada panduan menghasilkan karangan ringkasan yang tepat, padat dan menepati kehendak soalan. Antara kandungan utama video ini termasuklah ciri-ciri ringkasan yang baik, cara memahami soalan dengan betul, serta teknik penulisan yang tersusun dan jelas. Video ini sesuai dijadikan rujukan untuk memperkukuh kemahiran menulis ringkasan secara sistematik.
https://drive.google.com/open?id=1kwZbRnVxeZVZmeraawsKhopsjHHuooTx
SKPK JOHOR BAHRU, JOHOR (SPK)
Tajuk: Pekerjaan (Bahasa Isyarat Komunikasi Tahun 2) Kategori: Ketidakupayaan Pendengaran
Video ini memaparkan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Isyarat Komunikasi Tahun 2 dengan fokus kepada tajuk "Pekerjaan". Kandungan video ini dibahagikan kepada dua segmen utama, iaitu bahagian nota dan permainan. Dalam bahagian nota, murid diperkenalkan kepada enam jenis isyarat berkaitan pekerjaan. Seterusnya, latihan pengukuhan disediakan dalam bentuk soalan interaktif yang menyeronokkan. Keseluruhannya, video ini dihasilkan bagi menarik minat serta membantu memperkukuh ingatan murid pendidikan khas bermasalah pendengaran dalam memahami topik yang diajarkan.
https://drive.google.com/open?id=11qgsXH0JebpiJaregwBvyp6DKg0UTaxr
SK PASIR GUDANG 2, JOHOR (PPKI)
Tajuk: Haiwan (Kategori: Ketidakupayaan Pendengaran)
Video ini memaparkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi murid pendidikan khas masalah pendengaran di peringkat sekolah rendah. Fokus PdP adalah pengenalan nama-nama haiwan berserta penggunaan isyarat kod tangan yang betul. Pendekatan ini bertujuan membantu murid mengenal pasti haiwan dengan tepat melalui komunikasi visual yang berkesan dan mudah difahami.
https://drive.google.com/open?id=1Beoionpiz6St8UzUIcBeLuMhYkDXj-4o
SMPKV MERBOK, KEDAH (SPK) & SMK SYED MUHAMED AL-BUKHARY, KEDAH (PPKI)
Tajuk: Hubungan Diplomatik (Tingkatan 2) (Kategori: Ketidakupayaan Pendengaran)
Hubungan diplomatik memainkan peranan penting dalam sejarah, khususnya dalam perkembangan politik, ekonomi, dan sosial sesebuah negara. Video 3-Minutes Pitching ini membincangkan hubungan diplomatik dalam mata Pelajaran Sejarah Tingkatan 2 dengan menekankan hubungan Kesultanan Melayu dengan kuasa luar seperti China dan Siam, serta perjanjian bersejarah seperti Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang membentuk sempadan Nusantara. Kesan hubungan diplomatik turut dikupas, termasuk perkembangan ekonomi, pertukaran budaya, dan kestabilan politik. Keunikan video ini terletak pada penggunaan elemen digital interaktif dan penyampaian dalam bahasa isyarat oleh guru, menjadikannya lebih menarik dan inklusif, terutama bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK). Dengan pendekatan ini, video ini berjaya menyampaikan pembelajaran sejarah dengan lebih efektif dan menarik.
https://drive.google.com/open?id=1zes7B-ywznM1WF51EUtjKm-XikL6rh13
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI LAYAR, KEDAH (PPKI)
Tajuk: Geografi (Kitar Semula) (Kategori: Ketidakupayaan Pendengaran)
Video pengajaran ini bertujuan memperkenalkan konsep kitar semula kepada murid-murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) dengan kaedah yang lebih menarik dan interaktif. Video yang dihasilkan berserta dengan bantuan bahasa isyarat bagi memudahkan murid-murid pendidikan khas yang mempunyai masalah pendengaran untuk memahami isi kandungan pengajaran dengan berkesan.
Guru memulakan pengajaran dengan menerangkan maksud kitar semula seterusnya memperkenalkan elemen kitar semula iaitu Reduce, Reuse dan Recycle. Seterusnya, bagaimanakah kita mengamalkan kitar semula diterangkan dengan lebih jelas menggunakan contoh berserta gambar dan video pendek. Di akhir video, murid diajak untuk mengamalkan kitar semula dalam rutin harian mereka. Dengan adaptasi yang sesuai seperti penggunaan bahasa isyarat, video pengajaran ini boleh menjadi alat yang berkesan untuk menyokong pembelajaran MBPK ketidakupayaan pendengaran dan membantu mereka memahami serta menguasai sesuatu topik dengan lebih baik dan berkesan.
https://drive.google.com/open?id=1znbFFCSUuiWrmcfzypBUkyXlMZtVu4JJ
Tajuk: Bahasa Isyarat Komunikasi Tahun 2 (Selera Kita) (Kategori: Ketidakupayaan Pendengaran )
Di awal video, dipaparkan suasana murid membaca doa makan di kantin sebagai rangsangan untuk mencungkil idea dan pengalaman murid. Kemudian, dipaparkan gambar makanan dan video kod isyarat secara ringkas untuk menarik minat dan memberi gambaran awal tentang apa yang akan mereka pelajari dalam video tersebut. Dalam video ini, gambar makanan, pergerakan isyarat tangan, dan perkataan dipaparkan dengan jelas serta menarik bagi membantu murid atau pengguna meniru isyarat dengan betul. Selain itu, video ini boleh diulang beberapa kali sehingga murid menguasai isyarat dan ejaan perkataan dengan lebih yakin dan tepat. Kod isyarat berbentuk video lebih mudah dipelajari berbanding gambar kod isyarat yang pegun.
https://drive.google.com/open?id=1tnGqn7AcG-WLVyYsCJieyGANCZgK45TB
Tajuk: Rukun dan Lafaz Nikah (Kategori: Ketidakupayaan Pendengaran)
Video yang bertajuk ‘Rukun Nikah dalam Islam’ ini dihasilkan oleh para pelajar Tingkatan 5A, SMK Pendidikan Khas Persekutuan. Video ini memaparkan detik istimewa apabila seorang murid berkeperluan pendidikan khas melaksanakan upacara ijabkabul menggunakan bahasa isyarat. Keunikan dan keindahan momen ini menyerlahkan kepelbagaian dalam pelaksanaan perkahwinan dalam Islam, menunjukkan bahawa kekurangan fizikal bukan halangan untuk menjalani kehidupan berkeluarga. Dengan penuh khusyuk dan ketenangan, pengantin lelaki melafazkan akad nikah melalui bahasa isyarat, disaksikan oleh keluarga, sahabat, dan pihak berwajib. Video ini bukan sahaja memberi inspirasi tetapi juga meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan inklusiviti dalam kehidupan seharian. Kejayaan upacara ini membuktikan bahawa setiap individu, tanpa mengira kekurangan, berhak menikmati kebahagiaan dan diperlakukan dengan adil dalam institusi perkahwinan.
Video ‘Rukun Nikah dalam Islam’ memberi kesedaran kepada murid tentang konsep perkahwinan dalam Islam. Penerangan terhadap rukun nikah seperti wali, saksi, ijabkabul dan mahar, membantu pelajar memahami hukum perkahwinan yang sah. Selain itu, video ini juga memberikan pendedahan kepada masyarakat bahawa bagaimana orang kurang upaya pendengaran diijabkabulkan. Di samping itu, video ini membentuk akhlak dengan menanam nilai seperti amanah, tanggungjawab dan hormat-menghormati dalam kehidupan berkeluarga.
https://drive.google.com/open?id=1uiU3RuFWOWnf76CPToKQrh93ZrB8zRSX
Tajuk: Noun (Kategori: Ketidakupayaan Pendengaran)
A compound noun is a noun made by combining two or more words to create a new word with a specific meaning. For example, 'cowboy' is a combination of 'cow' and 'boy'. The video on compound nouns was created to help hearing-impaired students to learn about them. It includes simple sign language, words, and animations, which together help students to understand the meaning of compound nouns. This is because the students depend on visual materials in the learning process which allow them to connect words with their meanings more effectively. Visual aids, like animations, can make abstract concepts more visible, making it easier for the students to remember and use compound nouns in their everyday language.
https://drive.google.com/open?id=13lA-3_vMLRUn0pmC3C1fIkYxR-gyYlmx
Tajuk: Blocky Games (Kategori: Masalah Pendengaran)
“Blocky Games”: Pembelajaran berasaskan gamifikasi merupakan idea untuk menarik minat Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dalam mata pelajaran Pendidikan Sains Sosial dan Alam Sekitar (PSSAS) Tingkatan 4 Unit 2.0 Haiwan. Pembelajaran gamifikasi ini menerapkan budaya inovasi dalam pengajaran yang mampu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih interaktif serta dapat meningkatkan kualiti Pendidikan negara. Pendekatan ini seiring dengan perkembangan teknologi masa kini yang memberi pendedahan kepada MBPK tentang computer programming.
https://drive.google.com/open?id=1_0zLNYlI7-vLHF8o-1fwb_IOnIef2h4W
Tajuk: DD Games by Ticer Wahi (Kategori: Masalah Pendengaran)
Permainan DD merujuk kepada perkataan Drive (memandu) dan Do (Lakukan). Permainan ini memerlukan murid untuk melihat demonstrasi kereta yang dipandu pulang ke rumah sebagai panduan untuk menulis huruf dengan betul. Nama Ticer Wahi pula diambil sempena nama pencipta inovasi itu sendiri iaitu Cikgu Wahida.
https://drive.google.com/open?id=1dgPhdLvvEfLtUwa1y6X7lwfE7s8rOfS
Tajuk: Dadu Berangkai (Kategori: Masalah Pendengaran, Masalah Penglihatan dan Masalah Pembelajaran)
‘Dadu Berangkai’ ini sangat istimewa kerana mempunyai maklumat pada setiap helaian tingkapnya apabila dibuka.Tajuk atau kemahiran
yang ingin diajar sewaktu aktiviti pengajaran serta pembelajaran dijalankan dengan menggunakan Dadu Berangkai ini boleh dipelbagaikan mengikut tajuk yang ingin disampaikan oleh guru.
https://drive.google.com/open?id=1h9UBUGtc7lw2UWYJQqbDVZ3-sin-M511
Tajuk: MEFA (Kategori: Masalah Pembelajaran)
Penghasilan MEFA tidak memerlukan kos yang tinggi. Bahan yang digunakan juga mudah diperolehi. Terdapat 2 kaedah pelaksanaan MEFA iaitu yang pertama menggunakan bahan maujud dan yang kedua menggunakan aplikasi padlet yang
boleh diakses secara percuma melalui google playstore atau google chrome. MEFA dalam bentuk bahan maujud boleh digunakan oleh guru di sekolah dalam pengajaran matapelajaran Pengurusan Diri Tahun 1 dalam standard kandungan 5.1 iaitu mengenal emosi asas diri. Murid perlu mengenal emosi sendiri terlebih dahulu sebelum diajar mengawal emosi. Kaedah kedua adalah secara atas talian yang menggunakan aplikasi padlet yang dinamakan My Emotional First Aid Digital. MEFA Digital dicipta bagi memudahkan perkongsian inovasi ini kepada guru di sekolah lain dan juga kepada ibu bapa yang memerlukan bantuan dalam mengurus emosi anak mereka. MEFA Digital dilihat lebih mudah digunakan kerana ia boleh digunakan tanpa mengira tempat dan waktu.
https://drive.google.com/open?id=1kZnJupwKWSLEvGjpeT3EJbcwi8qXhJpf
Tajuk: Click and Drag Fun (Kategori: Masalah Pembelajaran)
Murid-murid MBPK sering menghadapi masalah untuk membandingkan nombor. Mereka tidak dapat menentukan nombor yang besar atau kecil dengan hanya melihat pada nombor. Kemahiran membandingkan nombor penting untuk membolehkan murid menyusun nombor secara menaik atau menurun. Malah kemahiran ini penting dalam melakukan operasi tolak. Dalam kaedah Click and Drag Fun ini, bulatan merah digunakan untuk menggambarkan nilai sa manakala batang blok merah menggambarkan nilai puluh. Murid-murid dapat belajar dengan baik apabila melibatkan deria penglihatan dan ‘lebih cepat tangkap’ apabila melibatkan warna terang. Murid-murid juga akan menyerap maklumat dengan baik melalui sentuhan, pergerakan dan gerakan. Kaedah Click and Drag Fun ini meminta murid untuk mengklik dan menyeret bulatan merah
serta batang blok ke petak tertentu. Murid-murid juga boleh mengekalkan pengetahuan dengan lebih baik apabila idea baharu digandingkan dengan bunyi. Jadi, kesan bunyi telah ditambah dalam kaedah Click and Drag Fun ini.
https://drive.google.com/open?id=1VXx3IL6Ip10NbJb0FD38D9sLvy39h3P7
Tajuk: Refleksologi ABC (Kategori: Masalah Pembelajaran)
Refleksologi ABC atau Refleksologi Anak Baik lagi Cerdik menggunakan teknologi digital yang mudah dan mesra pengguna sehinggakan MBPK Sindrom Down juga mampu menggunakan perisian ini. Ibubapa MBPK sindrom Down juga berasa terharu dengan keupayaan anak mereka melakukan urutan refleksologi. Ini adalah WOW Factor kepada inovasi Refleksologi ABC kerana walaupun MBPK merupakan murid sindrom Down tetapi mampu menunjukkan ciri Anak Baik lagi Cerdik dengan cara melakukan urutan refleksologi kepada ibubapa.
Suasana PdP sangat ceria kerana PdP dilaksanakan secara role play. Murid sindrom Down berlakon sebagai juruterapi refleksologi dan seorang murid lain sebagai model pelanggan. Pelanggan berlakon mengadu bahagian yang sakit contohnya sakit kepala. Murid sebagai juruterapi akan klik di skrin pada bahagian kepala dan aplikasi akan menunjukkan kawasan sepadan yang perlu dilakukan urutan refleksologi. MBPK sindrom Down sangat teruja menggunakan aplikasi ini dan jelas terpancar kegembiraan apabila mampu mengenalpasti kawasan yang perlu diurut dan seterusnya apabila pulang ke rumah, dapat mengurut ibubapa di kawasan yang sepadan dengan sakit mereka.
https://drive.google.com/open?id=1XAFH30GcpqcLZLm7mB0NhlMN2jPPIwpt
Tajuk: Aplikasi SPEED PAI Dalam Pengajaran Jarak Jauh Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (Kategori: Masalah Pembelajaran)
Aplikasi Speed PAI merupakan satu aplikasi android yang mengutamakan kaedah pembelajaran kendiri yang berpusatkan murid. Perkataan Speed merupakan singkatan daripada perkataan Special Education. Manakala, PAI membawa maksud Pendidikan Agama Islam. Tujuan utama aplikasi ini dicipta adalah bagi mengukuhkan lagi kefahaman murid-murid berkeperluan pendidikan khas dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Melalui aplikasi ini, MBPK akan menyusun pembelajaran mengikut tetapan sasaran mereka sendiri. Aplikasi Speed PAI merupakan suatu modul pembelajaran dan latihan digital yang boleh diakses dengan pantas dan digunakan melalui telefon pintar dan tablet. Selain itu, dengan menggabungkan tiga elemen utama iaitu “NoViLa”- Nota, Video dan Latihan. Aplikasi Speed PAI bukan sahaja akan memudahkan lagi MBPK dalam menguasai mata pelajaran Pendidikan Islam, bahkan dapat menarik minat mereka untuk belajar dengan lebih mendalam. Ini kerana elemen yang dirangka adalah berkonsepkan video, latihan digital dan pembelajaran yang lebih interaktif lagi efisien. Selepas mengaplikasikan Aplikasi Speed PAI dalam kalangan MBPK, didapati penguasaan mereka dalam memahami tajuk-tajuk tertentu telah meningkat melalui Ujian Penilaian Pre-Test dan Post-Test yang telah dilakukan. Suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok. Inovasi ini juga boleh diaplikasikan bukan sahaja dalam bilik darjah, malah di mana sahaja MBPK berada selagi mempunyai akses kepada internet. Inovasi ini sangat sesuai dan praktikal terutamanya dalam cabaran melaksanakan pendidikan jarak jauh dalam kalangan MBPK.
https://drive.google.com/open?id=1jf81tcLEBLXwCE42BM7_6IxVxLpwDPLs
Tajuk: Mari Mengenal Bunyi Haiwan (Kategori: Masalah Penglihatan dan Masalah Pembelajaran)
Melalui inovasi ini, murid dapat mengenal dan mengecam bunyi haiwan. Penggunaan inovasi ini juga dapat menarik minat murid untuk mempelajari bunyi haiwan dengan mudah. Apabila murid dapat mengenal pasti bunyi haiwan dengan mudah, murid dapat memadankan bunyi haiwan dengan gambar/ rajah timbul yang betul.
https://drive.google.com/open?id=1Oy5XBIhOamFwBXb-jKB0SMGjLH0c4SEu
Tajuk: Bahan Bantu Mengajar Permainan Interaktif. Aplikasi Scratch Pilih dan Sihat (Kategori: Masalah Pembelajaran)
Inovasi yang dihasilkan merujuk kepada bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan untuk membantu murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) dalam pengajaran Komponen Pengurusan Diri Kefungsian Rendah. BBM yang dihasilkan ini dapat membantu MBPK untuk memahami dan meningkatkan lagi kefahaman mereka tentang sesuatu topik pembelajaran dengan lebih mudah. BBM ini juga dapat menarik minat dan memberi keseronokan kepada MBPK untuk terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Oleh itu, BBM ini dikenali sebagai Gamifikasi Scratch Pilih dan Sihat iaitu permainan ini dihasilkan daripada aplikasi Scratch. Dalam permainan digital ini, MBPK akan disediakan dengan nota bergambar yang menarik dengan iringan audio yang jelas bagi memudahkan MBPK untuk memahami topik dengan lebih mudah. Selepas itu, MBPK akan mula bermain Gamifikasi Scratch Pilih dan Sihat dengan menyelesaikan dua aktiviti yang disediakan berkaitan dengan makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat. Permainan yang dimainkan akan tamat sekiranya MBPK mengambil makanan yang tidak berkhasiat dan seterusnya menjejaskan status kesihatan MBPK sehingga markah menjadi kosong.
https://drive.google.com/open?id=162pjjPc7l2-DnneZnn9AobIen8ly7Zud
Pembelajaran digital merupakan suatu proses penggunaan teknologi digital dalam pendidikan bagi membantu para guru mecapai objektif semasa pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) yang dijalankan. Laman E-Learning Cikgu CT dibangunkan selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025). Laman E-Learning Cikgu CT merupakan laman google site yang menyediakan bahan pembelajaran bagi subjek Penyediaan dan Pembuatan Makanan.
Laman ini boleh diakses pada komputer. tablet dan telefon pintar. Antara bahan pembelajaran yang terdapat laman tersebut ialah nota pembelajaran, latihan pengukuhan, poster pembelajaran, video pembelajaran dan pautan aplikasi pembelajaran. Bahan-bahan tersebut disediakan menggunakan pelbagai aplikasi seperti prezi, wordwall, google form, canva, tiktok dan youtube. Aplikasi-aplikasi ini membantu guru menyediakan bahan pembelajaran yang boleh menarik minat murid.
Inovasi digital ini terhasil apabila murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) masalah pendengaran tidak dapat menguasai konsep nombor. Murid masih lemah dalam mengenal pasti bilangan objek dengan nombor yang betul. Kebanyakkan MBPK masalah pendengaran hanya menghafal nombor tanpa mengenal makna atau kuantiti dalam sesuatu nombor. Inovasi digital Saku Ajaib ini dihasilkan dengan menggunakan Aplikasi My View Board. Dalam Saku Ajaib ini mengandungi gambar-gambar yang menarik yang boleh diubah suai mengikut tema atau tajuk dalam mata pelajaran sama ada dalam mata pelajaran Matematik atau mata pelajaran yang lain. Ia juga mengandungi permainan yang telah dihasilkan dengan aplikasi wordwall.
Secara keseluruhannya, Saku Ajaib ini dapat meningkatkan penguasaan MBPK masalah pendengaran dalam menguasai konsep nombor dalam Matematik. Inovasi ini bukan sahaja boleh digunakan untuk mengenal pasti konsep nombor sahaja tetapi ia juga boleh digunakan dalam mengenal konsep asas, operasi asas seperti tambah, tolak, darab, dan bahagi, serta tajuk-tajuk yang lain seperti perpuluhan, wang, bentuk dua dimensi, perimeter dan luas, berat, panjang serta nisbah dan kadaran. Inovasi ini juga memenuhi elemen merentasi kurikulum apabila boleh digunakan untuk ejaan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Isyarat Komunikasi, Sains, Pendidikan Moral, Agama Islam, Reka Bentuk dan Teknologi, Muzik, Sejarah dan sebagainya. Keistimewaan inovasi digital Saku Ajaib ini ialah ia juga boleh digunakan tanpa talian internet. Ia juga boleh digunakan bukan sahaja bagi murid-murid bekerperluan khas masalah pendengaran, tetapi juga murid masalah pembelajaran dan masalah penglihatan (B2 dan B3), prasekolah dan seterusnya murid-murid aliran perdana.
My Blink Happy Room adalah satu inovasi yang menggunakan gabungan perabot bersaiz kecil dan skrin mini LED. Perabot yang digunakan adalah bersesuaian dengan perabot yang terdapat di premis hotel. Saiz perabot yang kecil dan ringan memudahkan MBPK untuk menyusun dan mengubah suai kedudukan perabot mengikut kesesuaian status bilik. Dua buah skrin mini LED yang boleh disambungkan secara terus atau menggunakan Bluetooth berfungsi untuk memaparkan status bilik yang ditaip oleh MBPK menggunakan komputer riba atau telefon bimbit dan jawapan yang telah disediakan oleh guru. Penggunaan skrin mini LED ini juga dapat menjimatkan penggunaan kertas dan mesra alam. Inovasi ini sangat membantu MBPK Kursus Operasi Pengemasan untuk mengenalpasti status bilik dengan lebih jelas dan menggunakan pendidikan digital yang lebih menarik.
Templat Seronoknya Belajar Sains dibina melalui aplikasi Microsoft Sway. Templat ini merupakan kaedah PdP yang kreatif dimana ia menitik beratkan pembelajaran berasaskan teknologi bagi menyokong pendidikan abad-21. Templat ini boleh digunakan dan dilaksanakan dalam fasa pengolahan atau 20 minit terakhir dalam sesi pembelajaran. Ia boleh dilaksanakan secara individu dan berkumpulan. Templat ini dibina bagi mengatasi isu atau masalah yang wujud semasa sesi pembelajaran Sains.
Inovasi PdP ini digunakan bagi mata pelajaran Bahasa Isyarat Komunikasi dibawah Tunjang Komunikasi. Kit ini digunakan untuk mengenal dan mengecam abjad a-z. Di samping itu, kit ini dapat membantu menguatkan motor halus murid. Guru membimbing murid untuk mengimbas kod QR dan membaca/mengisyarat abjad yang tertera di skrin telefon bimbit pintar/tablet. Selepas membaca/mengisyarat abjad, murid akan memilih abjad yang sama dalam bentuk kad dan memadankan di kotak i-Cari Cam. Kelebihan kit inovasi i-Cari Cam ini adalah guru boleh menggunakan untuk menjalankan beberapa aktiviti bagi tajuk yang bersesuaian. Antaranya mengenalkan abjad, mengenalkan isyarat bagi abjad, huruf konsonan dan huruf vokal. Perkara ini menjimatkan masa dan tenaga guru dalam pembinaan alat bantu mengajar (abm). Kit inovasi ini juga merentas kurikulum dimana guru boleh menggunakan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kit ini adalah sejajar dengan peredaran masa dengan adanya unsur pendigitalan. Ia juga mengandungi unsur didik hibur. Unsur didik hibur ini akan meningkatkan penglibatan aktif murid.
Inovasi e-Bijak Sains dibina melalui aplikasi Google Sites. E-Bijak Sains merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dimana ia menitikberatkan pembelajaran berasaskan teknologi bagi menyokong Pendidikan abad-21 iaitu menggalakan pendekatan flip classroom dan hibrid learning. Ia boleh digunakan secara bersemuka semasa sesi pembelajaran atau digunakan secara dalam talian pada bila-bila masa.
Inovasi ini boleh digunakan dan dilaksanakan sepanjang sesi pembelajaran. Ia boleh digunakan secara individu dan berkumpulan. E-Bijak Sains ini dibina bagi mengatasi isu yang wujud dalam pembelajaran subjek Sains. Antara isu yang timbul adalah seperti berikut :
a. Murid kurang minat untuk belajar sains.
b. Murid sukar faham dan sukar hubungkait konsep sains yang dipelajari.
c. Murid tidak melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran.
BuDiK ialah singkatan daripada Buku Digital Kod Tangan. Ia merupakan bahan pengajaran yang lebih interaktif yang digunakan samada di dalam kelas mahupun di luar bilik darjah. Bahan pengajaran ini sangat sesuai digunakan untuk membantu murid prasekolah bagi memupuk semangat membaca diperingkat usia seawall prasekolah. BuDiK akan dikumpulkan di dalan Rak Buku Maya dan link/QR Kod akan ditampal di dalam kelas dan juga disebarkan di dalam ‘group WHatsapp’ rasmi PIBG. Buku yang dihasilkan mempunyai kod isyarat setiap perkataan yang ada di dalam buku tersebut. Ia merupakan Bahan Bantu Mengajar yang dibina mengikut tajuk pengajaran dalam Tunjang Komunikasi Bahasa Prassekolah. Bahan ini akan digunakan di dalam kelas semasa pengajaran Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris selama 5 minit waktu PdPC berlangsung. Murid akan membuka link yang diberikan menggunakan tablet yang telah disediakan oleh pihak sekolah (setiap murid mempunyai satu tablet). Murid akan membaca bahan (BuDiK) di dalam Ray Maya. Murid bebas memilih buku mana yang mereka suka. Setelah selesai membaca murid akan menjawab soalan Uji Minda. Soalan Uji Minda juga disediakan di dalam Rak Maya. Soalan Uji minda adalah yang berkaitan dengan bahan bacaan murid tersebut.
Inovasi digital CoShape Dash adalah singkatan kepada Colour dan Shape yang bermaksud warna dan bentuk. Inovasi ini dinamakan CoShape selari dengan fungsi yang dicipta khas bagi membantu murid khususnya murid prasekolah berkeperluan khas masalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran dalam mengenali bentuk-bentuk asas dan warna-warna asas. Merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Prasekolah Masalah Pembelajaran Semakan 2017, pada tunjang Sains dan Teknologi telah dinyatakan standard kandungan tentang keperluan menguasai warna asas dan bentuk iaitu pada Standard Kandungan SA 2.2 Mengelas objek diikuti dengan Standard Pembelajaran Aras 1 iaitu, SA 2.2.1 Mengelas benda maujud mengikut warna asas dan bentuk.