STANDARD 1
Pengetua/ Guru Besar (PGB) berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggiyang berupaya menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP).
STANDARD 2
Organisasi sekolah diurus secara cekap dengan mengambil kira potensi dan keperluan warga sekolah, kemudahan, sumber dalaman dan luaran untuk meningkatkan keberkesanan pengoperasian sekolah.
STANDARD 3.1
Bidang KURIKULUM diurus secara cekap dan berkesan untuk melahirkan murid yang seimbang daripada segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan hala tuju sekolah.
STANDARD 3.2
Bidang KOKURIKULUM diurus secara cekap dan berkesan untuk melahirkan murid yang seimbang daripada segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan hala tuju sekolah.
STANDARD 3.3
Bidang HAL EHWAL MURID diurus secara cekap dan berkesan untuk melahirkan murid yang seimbang daripada segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan hala tuju sekolah.
STANDARD 4
Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam proses pengajaran pembelajaran (PdP) yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeruh dan meningkatkan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan.