SELAMAT DATANG KE DASHBOARD
SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM
BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM
BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM
PUAN AFIDAH BINTI MOHAMD SAHIR @ SAHID
PENGETUA
SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM
Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Temenggong Ibrahim telah ditubuhkan pada tahun 1938 oleh Kerajaan Negeri Melayu Bersekutu (Inggeris).
Pada masa itu SMK (P) Temenggong Ibrahim diberi nama TIGS atau Temenggong Ibrahim Girls School. TIGS ditubuhkan bertujuan untuk mewujudkan dan menerapkan sistem pendidikan barat di Tanah Melayu. TIGS merupakan sekolah perempuan aliran Inggeris yang pertama di Batu Pahat. Nama sekolah ini bersempena dengan nama pemerintah Johor yang terkenal iaitu “Temenggong Daeng Ibrahim”. Beliau telah menjalinkan persahabatan dengan orang Inggeris. Oleh itu, penubuhan TIGS juga membuktikan minat dan kesungguhan pemerintah Johor terhadap Bahasa Inggeris dan sistem pendidikan negeri itu.
Tapak asal sekolah ini merupakan kawasan tasik yang terletak di antara Jalan Tasek dan Simpang Rantai serta dikelilingi oleh Bukit Soga, Gunung Banang, Bukit Jeragan dan Bukit Bendera.