TELOK DATOK, BANTING, SELANGOR DARUL EHSAN
Selamat datang ke laman sesawang rasmi SMK Methodist Telok Datok, Banting. Dengan penuh rasa syukur, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang kepada Warga SMK Methodist.
Sebagai institusi pendidikan yang berasaskan nilai-nilai murni dan kecemerlangan ilmu, SMK Methodist Telok Datok komited dalam menyemai budaya pembelajaran yang inklusif dan dinamik. Menerusi kerjasama erat antara guru, pelajar, dan ibu bapa, kami bertekad melahirkan individu yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik, malah dari segi sahsiah dan keterampilan diri.
Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada semua pihak. Semoga kita bersama-sama terus berusaha dalam memperkasa generasi muda, membentuk mereka menjadi insan yang berjaya dan berbakti kepada masyarakat dan negara.
Sekian, terima kasih.
(Pn. Jaya a/p Ramasamy)
Pengetua, SMK Methodist Telok Datok