Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan 

Salam Sejahtera,

Selamat datang ke laman web Bidang Bahasa, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Perak . Laman web ini dibangunkan oleh Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Perak. Saya berbesar hati untuk memperkenalkan platform ini sebagai sumber utama rujukan dalam kalangan pentadbir sekolah, murid dan guru-guru di negeri Perak.

Laman ini diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan sumber rujukan serta bahan-bahan pembelajaran, aktiviti, dan latihan yang dapat membantu meningkatkan kemahiran belajar dalam kalangan murid-murid. Saya berharap laman ini akan menjadi tempat rujukan yang berguna dan dapat memupuk budaya pembelajaran yang aktif dan berkesan.

Terima kasih atas sokongan anda dan semoga laman ini memberi manfaat kepada semua. 

Sekian, terima kasih.


Dr. Mior Hamdan bin Haji Ghazali,A.C.M.

Timbalan Pengarah

Sektor Pembelajaran

Jabatan Pendidikan Negeri Perak