QR CODE SKT
QR CODE SKT
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, Dashboard SK Tapang ini dapat diterbitkan dengan jayanya. Dashboard ini bertujuan memberikan panduan dan rujukan yang komprehensif kepada semua warga sekolah dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab masing-masing secara cekap, berkesan dan berintegriti.
Sebagai sebuah institusi pendidikan yang sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan, SK Tapang komited untuk membina budaya kerja yang sistematik, terancang, dan berteraskan nilai-nilai murni. Dashboard ini disediakan untuk memastikan semua proses pengurusan sekolah berjalan lancar dan mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang idea, tenaga dan masa dalam penyediaan dashboard ini. Semoga panduan ini menjadi rujukan utama dalam memacu hala tuju sekolah ke arah melahirkan generasi yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum.
Akhir kata, saya berharap semua warga SK Tapang dapat memanfaatkan dashboard ini dan melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi demi kecemerlangan sekolah yang kita cintai.
Sekian, terima kasih.
“Kecemerlangan Berterusan”
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Tapang
SK TAPANG JALAN ABDUL KADIR ADABI 15200 KOTA BHARU KELANTAN
NO TEL : 09-7651173 / FAX : 09-7651173
JPN E-OPERASI HRMIS EMIS SPLKPM DELIMA idME E-PENYATA LHDN RMT