"Seia seKata DemiMu"

 Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

 

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah diwujudkan sebuah “dashboard” sekolah bagi tujuan pengumpulan bahan-bahan maklumat berkaitan organisasasi Sekolah Kebangsaan Durian Mas, Manir, Kuala Terengganu (SKDMAS) yang merangkumi beberapa item iaitu profil sekolah, bidang pengurusan, bidang akademik, bidang hal ehwal murid dan bidang kokurikulum. Dengan wujudnya “dashboard” ini juga, adalah diharapkan ianya menjadi rujukan dan penduan kepada guru-guru dan staf SKDMAS maupun pihak luar untuk memperolehi atau mengetahui maklumat berkaitan organisasi sekolah dengan lebih detail dan pantas.

 


Bidang pendidikan kini yang kian mencabar, memerlukan setiap sekolah membina perancangan yang rapi dan sistematik serta dapat diakses dengan pantas dan bersifat mesra pengguna.. Bermula 15 Ogos 2022, SKDMAS juga telah memasuki suatu frasa baharu, dimana SKDMAS telah menerima watikah antara sekolah yang terpilih untuk menyertai Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) bagi Kohort 7. Justeru itu saya menyeru agar setiap warga SKDMAS sama-sama bersatu hati dalam semangat kerja berpasukan dan mengambil pendekatan yang proaktif untuk menjadikan SKDMAS sebuah sekolah berkualiti.

 


Dengan wujudnya “dashboard” ini juga adalah diharapkan dapat meningkatkan kualiti pengurusan dan seterusnya meningkatkan pencapaian kemenjadian guru dan murid ke satu tahap yang membanggakan. Pembudayaan TMK dalam pengurusan ini diharap dapat diperkasakan dan dikemaskinikan dari masa ke semasa dalam membantu peningkatan pengurusan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah murid, serta diyakini dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dengan harapan KPI sekolah dan jabatan, maupun KPI Kementerian Pendidikan Malaysia dapat bergerak seiring dalam menuju sasaran yang ditetapkan.

 


Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah. Wassalamualaikum WBT.

 

AZMI BIN HAJI AWANG

GURU BESAR

SK DURIAN MAS