Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) adalah sebuah program khas yang dijalankan bagi menyediakan para pelajar untuk menghadapi sesi perubahan suasana dan budaya baharu yang bakal mereka tempuhi yang jauh berbeza dengan persekitaran sekolah.
Para pelajar juga akan didedahkan kepada perkara-perkara asas berkaitan Program Matrikulasi. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dirancang bagi menjayakan program ini.
Pelajar akan menyertai interaksi-interaksi yang telah dijadualkan dengan dibantu oleh Ahli Jawatankuasa Fasilitator (AJKF) yang terdiri daripada alumni pelajar sesi lepas. Pelajar akan dihimpunkan di Dewan Seri Kinta, Kolej Matrikulasi Perak dan tempat-tempat lain seperti Dewan Kuliah, Bilik Tutoran dan Masjid Al-Mahfirah mengikut kesesuaian aktiviti interaksi yang dijadualkan.
Interaksi Dalam Kumpulan (IDK) adalah merupakan proses komunikasi dua hala secara bersemuka yang melibatkan interaksi di antara Coach (Pensyarah) dan juga Coachee (pelajar).
Coach bertanggungjawab menyampaikan, memahamkan dan menyelesaikan sebarang kemusykilan sekiranya perlu khususnya dalam perkara berkaitan pengurusan dokumen pendaftaran pelajar dan juga hal-hal lain yang berkaitan dengan rutin harian Coachee sepanjang pengajian di kolej.
Coachee pula berperanan untuk menerima maklumat, memahami dan berupaya untuk mengaplikasi dan bertindakbalas terhadap maklumat yang diterima selain mengutarakan persoalan yang berkaitan dengan amalan baik yang boleh dipraktiskan dalam kehidupan seharian di kolej.
Dalam proses kemaskini