Setiap Pemain terlebih dahulu meletakkan buah dam di tapak MULA.
Secara bergilir-gilir, setiap pemain perlu membaling dadu dan menggerakkan buah dam mereka mengikut angka dadu yang diperoleh.
Pemain perlu menjawab soalan di setiap kotak yang mereka berhenti setelah menggerakkan buah dam.
Sekiranya pemain gagal untuk menjawab soalan, giliran mereka untuk membaling dadu akan digantung sebanyak satu pusingan
Atau
Mereka perlu kembali semula ke kotak mereka yang asal.
Apabila pemain berhenti di tapak tangga, pemain berpeluang untuk menaiki tangga tersebut jika mereka berjaya menjawab soalan.
Pemain juga boleh melepaskan diri daripada ditelan ular sekiranya mereka berjaya menjawab soalan.
Pemain yang berjaya tiba di tapak Tamat terlebih dahulu dikira sebagai pemenang.