This page contains a detailed overview of my action plan for implementing flipped learning in my teaching practice. It covers all the crucial steps and strategies I will take, from pre-class preparation to in-class activities and post-class assessments. My goal is to ensure a smooth and engaging learning experience for my students, and I will leave no stone unturned to achieve it.
Follow the instructions on UNIT 7 of the training module.
PHASE 1: PREPARING FOR FLIPPED LEARNING
Bagi fasa ini saya menetapkan kelas yang ingin diajar dengan kaedah "Flipped Learning" dan memilih Matapelajaran Sains Tahun 3 Al-Kindi. Seterusnya saya merancang kandungan kurikulum dengan memilih Topik Gigi Manusia, menetapkan Objektif Pembelajaran dan kandungan pembelajaran yang akan disampaikan.
Dari sini saya dapat mengenalpasti konsep dan manfaat yang akan disampaikan kepada murid menerusi kaedah "Flipped Learning" ini.
Standard Pembelajaran
3.1.1 Memperihalkan jenis-jenis gigi dan fungsinya
3.1.2 Melabelkan struktur gigi
Langkah seterusnya ialah menetapkan sumber yang bersesuaian untuk disampaikan kepada murid sebagai persediaan sebelum memulakan kelas secara bersemuka.
Saya memilih untuk menyediakan video sendiri tentang pengenalan kepada kegigian manusia dengan menggunakan Powerpoint, Screencastify dan juga Edpuzzle.
Langkah ini sangatlah penting untuk menyediakan murid yang lebih bersedia dengan idea tentang topik yang diajar. Murid akan lebih teruja dengan teknik pembelajaran yang baru (Flipped Learning) dan masa pembelajaran di dalam kelas dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk melaksanakan aktiviti yang berpusatkan murid.
PHASE 2 : IMPLEMENTATION OF FLIPPED LEARNING
Bagi Fasa perlaksanaan ini penerangan dan penjelasan tentang perjalanan "Flipped Classroom" kepada murid amatlah penting. Saya menerangkan tentang konsep, tujuan dan manfaat Flipped learning ini kepada murid dan juga ibubapa memangkan mereka masih di Tahap 1 dan memerlukan pemantauan dan bimbingan daripada ibubapa.
Pautan Video yang telah disediakan disampaikan kepada murid-murid menerusi Kumpulan Telegram Kelas memandangkan murid tidak aktif dengan Google Classroom. Murid-murid juga digalakkan mengemukakan soalan dan mengambil bahagian secara aktif dalam Kumpulan Telegram ini.
PHASE 3 : In- Class Activities and Engangement
Fasa ini menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan secara kolaboratif memandangkan murid telah mempelajari kandungan pembelajaran menerusi video yang telah dikongsikan
Untuk fasa ini saya memilih aktiviti hands-on itu murid diminta membina model gigi dengan menggunakan modeling clay. Murid melaksanakan aktiviti secara berkumpulan. Seterusnya melabelkan jenis gigi dan struktur gigi.
Kemudian setiap kumpulan akan membentangkan hasil kerja mereka dan kumpulan lain akan mengemukakan soalan dan membuat penilaian.
Langkah ini bukan sahaja merangsang murid berfikir secara kreatif dan kritis malah menggalakkan mereka berinteraksi dan mengambil bahagian secara aktif dan kolaboratif di dalam kelas.
PHASE 4 : Reflection and adjustment
Fasa untuk menilai sejauh mana keberkesanan teknik pembelajaran ini terhadap murid.
Mengenalpasti kekuatan dan halangan yang perlu diatasi.
PHASE 5 : Scaling and Integration
Perkongsian kepada rakan seperjatan menerusi PLC dan CPD.