Mari kita fahami berkenaan kata nama khas. [Sila tekan pada rajah Youtube]
Jom kenal pasti perbezaan kata nama khas, lihat infrografik di bawah!
Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan, undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya.
Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.
Contoh ayat:
1) Mira Filzah merupakan artis terkenal di Malaysia.
2) Ibu dan adik melawat Menara Taming Sari di Melaka.
3) Bunga kebangsaan Malaysia ialah Bunga Raya.
4) Restoran Larut terletak di Taiping.