Pelaporan
PDPA PKP Cikgu Sulaiman
( Guru Matapelajaran : Sains Tahun 5, Pendidikan Kesihatan Tahun 5, RBT Tahun 4, 5 & 6 )
Selamat Datang Ke Laman Web Cikgu Sulaiman
( Guru Matapelajaran : Sains Tahun 5, Pendidikan Kesihatan Tahun 5, RBT Tahun 4, 5 & 6 )
Kerajaan telah mengisytiharkan PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 bagi membendung penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia.
Berikutan dengan pengumuman tersebut, kesemua sektor termasuk sekolah diarahkan untuk ditutup serta merta dan kesemua rakyat Malaysia diarahkan untuk berada di rumah.
Bagi mengelakkan para murid di seluruh Malaysia ketinggalan dalam pembelajaran, maka Kementerian Pendidikan Malaysia menyeru agar kesemua guru di Malaysia untuk merancang dan menjalankan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Alternatif.
SK Kuala Abai juga telah merangka aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran melalui atas talian bagi membantu murid-murid program ini.