KSSR SEMAKAN 2017
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
1.1.1 Mengetahui sistem reproduktif lelaki dan perempuan
Sila tonton video penerangan untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sistem Reproduktif Manusia Pendidikan Kesihatan Tahun 5!
Sistem reproduktif manusia adalah sistem dalam tubuh yang berfungsi untuk membolehkan manusia membiak atau menghasilkan keturunan. Sistem ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu: Sistem Reproduktif Lelaki dan Sistem Reproduktif Perempuan. Sistem reproduktif manusia mula berfungsi sepenuhnya apabila seseorang mencapai akil baligh
Testis – Menghasilkan sperma dan hormon testosteron.
Penis – Menghantar sperma ke dalam sistem reproduktif wanita.
Salur Sperma – Menyalurkan sperma dari testis ke penis.
Ovari – Menghasilkan ovum (telur).
Tiub Fallopio – Salur tempat ovum bergerak ke rahim.
Rahim – Tempat janin membesar jika persenyawaan berlaku.
Faraj – Laluan masuk sperma dan tempat bayi keluar semasa kelahiran..
Fetus akan membesar di dalam uterus ibu selama lebih kurang 9 bulan 10 hari