PENGURUSAN KELAS PEMULIHAN
-CIKGU SHAERINA ISMAIL-
-CIKGU SHAERINA ISMAIL-
Sites ini dihasilkan untuk rujukan rakan-rakan seperjuangan yang turut terlibat dalam Program Pemulihan Khas bagi memudahkan perkongsian bahan-bahan. Segala bahan yang dikongsi tidak dibenarkan sama sekali untuk urusan penjualan semula. Sebarang cadangan dan penambahbaikan di alu-alukan.
-CIkgu Shaerina binti Ismail-
Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh KPM semenjak tahun 1960-an lagi untuk membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran, iaitu menguasai kemahiran asas 3M.
Definisi Program Pemulihan Khas
Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M) yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.” (Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008 )
“ Pendidikan Pemulihan ialah tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan untuk memenuhikeperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran, kanak-kanak pemulihanmenghadiri kelas khas dalam sekolah biasa, atau pusat pemulihan khas secara sambilan, ataumenyertai kumpulan yang diundurkan dari kelas biasa untuk diajar oleh seorang guru pemulihan.”
(National Association for Remedial Education ‘NARE’ Great Britain - 1977)
“ Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-muridyang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca,menulis dan mengira”. (Panduan Am KBSR - 1982)
“Suatu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-murid yang menghadapi kesulitan pembelajaraankhususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira sebagai kemahiran asasyang menjadi fokus KBSR”.