PIRAMID MAKANAN
PIRAMID MAKANAN
Terdapat dua jenis piramid makanan di Malaysia iaitu Piramid Makanan 2010 dan Piramid Makanan 2020. Kedua-dua piramid makanan merupakan asas panduan makanan seimbang yang hampir sama. Namun begitu, Piramid Makanan 2010 telah diperbaharui dan ditambah baik berdasarkan keadaan dan keperluan semasa rakyat Malaysia (iaitu Piramid Makanan 2020)
VIDEO PIRAMID MAKANAN
Klik pada gambar diatas untuk maklumat lanut mengenai Piramid Makanan 2020
Dasar piramid telah ditukar dari sumber karbohidrat kepada sumber vitamin dan mineral. Dimana ia menunjukkan sumber yang perlu paling banyak diambil. Kemudia terdapat sedikit perubahan dari segi julat peratusan (dari 55% - 75% kepada 50% - 65%) dan jenis pengambilan karbohidrat (karbohidrat lebih tinggi serat dan kurang kanji). Penekanan turut diberikan kepada saranan jumlah pengambilan air kosong.
SUMBER MAKANAN UTAMA DALAM PIRAMID MAKANAN
Karbohidrat
Membekalkan sumber tenaga utama kepada badan, namun pengambilan secara berlebihan membawa kepada penyakit.Protein
Sumber berfungsi untuk pembesaran dan pemulihan dari segi pembinaan otot.Mineral, Vitamin & Serat
Pelbagai fungsi seperti pembesaran dan pertahanan badan. Mempunyai kadar glukosa yang optimum.Minyak, Garam & Gula
Keperluan untuk tubuh badan namun perlu diambil dalam kadar yang paling terkawal.