SELAMAT DATANG
Bahan-bahan
Di sini, saya kongsikan penulisan, pembentangan yang telah saya sediakan untuk kegunaan semua. Semoga bermanfaat.
Sejak 2007 saya telah sediakan site untuk kegunaan murid-murid saya , namun setelah beberapa perubahan dan berpindah tugas, site ini saya telah kemaskini dan ini adalah link bagi site sebelum ini : https://sites.google.com/site/nasaruddinrahmat
Kini, site ini menggunakan ID DELIMa sepenuhnya untuk pengurusan bahan pendidikan bagi tujuan penyampaian kepada Pegawai, Pengetua , Guru Besar, Guru-guru, Murid-murid dan komuniti.
Semoga kalian mendapat manfaatnya dan doakan saya agar diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan sebagai guru.
"Saya adalah guru, dan bukan sekadar bekerja sebagai Guru"
SLAID KEPIMPINAN DIGITAL UNTUK GKMP TVET
Sinopsis:
Perubahan teknologi dan ekonomi mempengaruhi perubahan apa yang bakal berlaku di dalam kelas murid-murid.
22 September 2024 - Bahan Pembentangan untuk PIBKS bertajuk Kesediaan Ibu Bapa dalam dunia DIgital.
Bahan ini disediakan untuk memberikan penjelasan tentang ekosistem digital yang perlu diketahui oleh Ibu Bapa , Komuniti , Masyarakat dan Swasta dalam memahami kesediaan kita semua mempastikan pembangunan kualiti kemenjadian murid sesuai dengan keperluan masa hadapan mereka.
22 Ogos 2024 - Sesi Pertama di Seminar Kepimpinan Digital Pengetua dan Guru Besar PPD Bangsar Pudu.
Ini adalah topik tumpuan saya dan fokus utama berbanding 18 lagi modul di dalam DGCCR by INTAN. Digital Mindset adalah hot spot dalam membangunkan potensi penjawat awam memahami secara jelas mengapa digital dan apa itu digital.
Konsep kebanyakan masyarakat Malaysia perlu diperbetulkan untuk mempastikan tujuan sebenar dan cabaran sebenar di fahami.
22 Ogos 2024 - Sesi Kedua Seminar Kepimpinan Digital Pengetua dan Guru Besar PPD Bangsar Pudu
Cabaran terkini para pendidik dalam membentuk sahsiah dan adab murid-murid generasi masa hadapan. Beberapa perkara yang saya sentuh adalah :
1. Jenis komunikasi
2. Komunikasi Digital
3. Perkara-perkara yang penting dalam komunikasi digital.
4. Kesedaran tentang integriti dan menjaga profesion perguruan dalam media sosial.
What parents should know and how to apply good parenting in digital world. It is one of the references which elaborate on cyber security and the development of values among children. Parents should know the changes and challenges in 21st century.
Taklimat khas dalam Perhimpunan Profesionalisme Pengetua dan Guru Besar Bil.2 /2023 Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah.
19 April,2022 Inisiatif ini ada kolaboratif antara dua bahagian iaitu, bahagian pertama - antara sektor dan unit dalam JPN dan PPD , bahagian kedua - antara agensi yang terkait dengan kemenjadian murid dan kualiti sekolah.
BICARA KPP - Boleh diikuti di Platform Youtube Channel Gema Digital TV Melaka.
Link Playlist : https://youtube.com/playlist?list=PLodQ0R7lPqP4GlLvVvQWqzY33rEEsKhdN&si=FY7MnkPKKdDkLZ2k