Pengurusan Panitia Mata Pelajaran adalah merupakan jawatankuasa yang berfungsi merancang, mengurus dan menyelesaikan masalah yang berkaitan pelaksanaan kurikulum. Pengurusan panitia mata pelajaran yang berkesan dapat memastikan murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk mendepani cabaran semasa dan masa hadapan. Panitia mata pelajaran yang berkualiti juga dapat meningkatkan profesionalisme keguruan sejajar dengan peredaran masa dan tuntutan global.
Fail Pengurusan Panitia Mata Pelajaran merupakan salah satu dokumen wajib yang perlu disediakan oleh Ketua Panitia Mata Pelajaran dalam mengurus Panitia Mata Pelajaran di sekolah supaya lebih sistematik dan lebih terancang pengurusannya.
Bagi membantu guru-guru dalam mengurus panitia mata pelajaran disekolah, saya telah menyediakan Template Fail Pengurusan Panitia Mata Pelajaran untuk memudahkan Ketua Panitia Mata Pelajaran di sekolah mengurus dan mentadbir Pengurusan Panitia Mata Pelajaran di Sekolah.
Fail Pengurusan Panitia Mata Pelajaran yang disediakan mengandungi 6 item utama iaitu :
PENGURUSAN AM
PEKELILING
MESYUARAT
PENTAKSIRAN
PERANCANGAN STRATEGIK
KEWANGAN
Setiap item tersebut juga merangkumi pecahan beberapa Sub-Item yang turut memudahkan Ketua Panitia menyediakan serta menyusun dokumen yang diperlukan dalam pengurusan panitia mata pelajaran.
Dibawah ini saya ada sediakan preview ataupun contoh Template Fail Pengurusan Panitia mata pelajaran untuk rujukan rakan-rakan guru/Ketua Panitia.
📌Sedikit penerangan, fail tersebut sy buat secara umum dan template utama adalah subjek BM, utk subjek lain, cikgu blh edit shj subjek BM kpd subjek yg d kehendaki.
🔹Template yg sy sediakan lebih kpd divider fail berdasarkan tajuk fail utama serta subtajuk berdasarkan senarai semak yg dikeluarkan olh JPN,
🔹Terdapat beberapa contoh isi kandungan disediakan sebagai rujukkan ketua panitia.
🔹Isi kandungan yang disediakan adalah sebagai rujukkan sahaja memandangkan isi kandungan setiap sekolah berbeza,
🔹Isi kandungan yang disediakan ini dapatlah membantu sedikit Ketua Panitia dalam menyediakan isi kandungan fail yang diperlukan dalam fail panitia.
Bagi yang berminat dengan bahan yang saya sediakan ini, saya jual hanya dengan harga RM20.00 Sahaja untuk satu Set Template fail pengurusan panitia mata pelajaran.
Fail yang disediakan oleh saya adalah sama seperti dalam contoh yang saya sediakan dalam Preview diatas.
Template yang disediakan ini adalah dalam format Microsoft Power Point dan tempalate ini boleh di edit dan boleh diubahsuai mengikut kesesuaian sekolah tuan/puan.
Bagi yang berminat dengan bahan tersebut, bolehlah hubunggi saya di pautan dibawah untuk mendapatkan details mengenai bahan tersebut :
Saya juga turut menyediakan Template Fail Pengurusan Panitia Mata Pelajaran versi umum yang saya berikan secara percuma. Template Fail Pengurusan Panitia Mata Pelajaran versi Percuma ini masih mengekalkan 6 item utama tetapi terhad kepada fail utama sahaja. Untuk Sub-Item saya tidak sediakan tetapi tuan/puan boleh ubahsuai mengikut kretiviti dan kesesuaian diperingkat sekolah tuan/puan.
Bagi yang berminat dengan bahan tersebut, bolehlah klik butang muat turun dibawah untuk mendapatkan template fail tersebut.