Selamat datang ke laman perkongsian Nota Komsas Cikgu Farah. Disini, cikgu akan berkongsi nota Komsas memfokuskan novel "Jalan Ke Puncak" yang ditulis oleh Juri Durabi.
Kesungguhan dan kegigihan seorang anak muda yang berkelulusan universiti bercita-cita untuk menjadi usahawan muda. Laiman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, namun dia tidak memilih bidang berkaitan dengan kelulusannya untuk kerjayanya. Dia memilih untuk membuat projek penternakan ikan air tawar, penternakan lebah madu, berkebun tembikai, berniaga kuih, pisang dan kelapa. Keutamaan projeknya ialah projek ternakan ikan air tawar. Pada tahap awal cita-citanya ditentang oleh bapanya sendiri, dan dipersenda oleh orang kampung. Walau bagaimanapun, perkara tersebut menjadikan dirinya lebih tabah dan akhirnya dia berjaya dengan cemerlang. Ternakan ikan air tawarnya diiktiraf oleh jabatan pertanian sebagai projek contoh di daerah tempat tinggalnya, bahkan mungkin akan dinaikkan ke tahap paling baik di seluruh negerinya.