KRITERIA KEJAYAAN
1. Saya dapat menyatakan ciri-ciri syiling dan wang kertas dalam bentuk grafik.
2. Saya dapat menyebut persamaan dan perbezaan antara empat jenis bentuk syiling di dalam jadual.
3. Saya dapat menyebut persamaan dan perbezaan antara tiga jenis wang kertas di dalam jadual.
4. Saya dapat mewakilkan nilai sen hingga RM1 dengan gabungan nilai wang di dalam buku latihan.
5. Saya dapat mewakilkan nilai ringgit hingga RM10 dengan gabungan nilai wang di dalam buku latihan.
6. Saya dapat menukar wang dengan pelbagai gabungan duit syiling.
7. Saya dapat menggunakan gabungan wang dalam bentuk syiling dan wang kertas.
8. Saya dapat mencari nilai tukaran dalam bentuk syiling hingga RM1 dan wang ringgit hingga RM10.