Join me on an exciting journey as I explore the intricacies of implementing flipped learning in the classroom. Through multimedia elements like videos, images, and written reflections, you'll gain insights into the challenges and successes I encountered along the way. Witness firsthand the evolution of my pedagogical practice, and learn how I transformed my teaching style to better engage and inspire my students.
Seiring dengan perkembangan dunia semasa dan era globalisasi, bidang pendidikan turut mengalami perubahan yang pesat dari segi sistem mahupun pengurusannya. Mengintegrasi teknologi dalam PdPc memerlukan guru untuk bersedia dan fleksibel bagi menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam PdPc. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.
Integrasi teknologi dalam bidang pendidikan dilihat membantu murid-murid dan juga guru untuk memantapkan proses pembelajaran dan pengajaran (PdPc). Selain dari itu, pengintegrasian teknologi dalam pendidikan telah membentuk pembelajaran secara autentik yang mana murid diberi peluang belajar untuk menyelesaikan masalah harian yang sebenar.
Murid boleh menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan (words), pangkalan data (database), dan grafik (kaku atau bergerak), serta boleh membuat pembentangan tugasan menggunakan alat-alat teknologi.
Penggunaan teknologi ini juga melibatkan pelbagai deria murid. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan murid-murid terhadap mata pelajaran yang dipelajari pada hari tersebut.
Flipped Classroom merupakan model pendekatan pengajaran yang mengalihkan masa kuliah di dalam kelas kepada kuliah melalui video di luar kelas. Maka waktu kelas digunakan sepenuhnya untuk aktiviti kolaborasi dan pengukuhan kepada murid-murid secara individu.
Flipped Classroom merupakan salah satu strategi pembelajaran abad ke-21 (PAK21) yang efektif bagi memberi lebih masa kepada guru untuk membimbing murid-murid dalam aktiviti inkuiri dan penyelesaian masalah (inquiry-based & project-based learning) yang dapat mengukuhkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid serta membolehkan guru melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan lebih efektif.