ANDA MAHU MENCARI MAKNA PERKATAAN ?
Mengenal pasti ciri-ciri utama pantun seperti bilangan baris, jumlah suku kata, pembayang dan maksud, serta rima yang terdapat pada akhir setiap baris.
Pantun adalah puisi tradisional Melayu yang sangat istimewa dan unik.
Bila kita belajar pantun, kita boleh guna bahasa dengan cara yang lebih kreatif dan seronok.
Selain itu, kita juga boleh belajar tentang budaya dan adat masyarakat dahulu.
Pada waktu itu, orang-orang sering menggunakan pantun dalam adat meminang.
Tidak percaya? Cuba lihat video di sebelah.
Menarik, bukan? Jom kita lihat pula apakah ciri-ciri pantun!
Pantun ni ada beberapa ciri penting yang anda perlu tahu.
Pertama, pantun biasanya terdiri daripada empat baris. Dua baris awal dipanggil pembayang, manakala dua baris akhir dikenali sebagai maksud.
Kedua, rima pantun adalah a-b-a-b, yang bermaksud hujung perkataan pada baris pertama dan ketiga berima, begitu juga dengan baris kedua dan keempat.
Ketiga, setiap baris dalam pantun ada 8 hingga 12 suku kata, jadi bila dibaca, ia akan berbunyi lebih harmoni dan tersusun.
Akhir sekali, pantun sering menyampaikan nasihat atau pengajaran dengan cara yang menarik serta berirama.
Apa? Masih kurang faham?
Cuba dengar penjelasan lanjut tentang ciri-ciri pantun yang disampaikan oleh Cikgu Thayyib di sebelah.
Pantun ada banyak jenis, dan salah satu jenis yang ingin cikgu tunjukkan adalah pantun jenis nasihat.
Pantun ini memang terkenal!
Mari kita lihat ciri-ciri yang terdapat dalam pantun ini!
Berikut adalah cara menjawab latihan interaktif :
1. Klik logo di sebelah untuk ke pautan latihan interaktif "Liveworksheet".
2. Selesaikan semua soalan yang ada.
3. Tekan "Finish" apabila anda sudah siap menjawab.
4. Tekan "Check My Answer" untuk semak jawapan anda.
5. Jawapan yang berwarna hijau bermakna betul.
6. Jawapan yang berwarna merah bermakna salah.
Selamat menjawab!