PENGENALAN
WEBOOK merupakan Portal Pusat Sumber Digital yang menyediakan sumber bahan bacaan digital dan bahan PdP untuk kegunaan guru, murid, ibu bapa dan komuniti. Antaranya seperti, ebook pelbagai genre, ebook audio visual, nota, video PdP, latihan dan permainan interaktif. WEBOOK juga digunakan sebagai platform untuk murid melaksanakan NILAM secara dalam talian yang mana data laporan NILAM ini dikumpulkan menggunakan google data studio. WEBOOK berkonsepkan pembelajaran hybrid yang boleh diakses di mana sahaja dengan pelbagai jenis peranti.
OBJEKTIF
Mengatasi masalah ruang yang terhad untuk menyimpan bahan bacaan maujud sama ada di rumah atau sekolah.
Menjimatkan kos seperti pembelian bahan bacaan, tempat penyimpanan buku dan sebagainya
Berfungsi sebagai One Stop Centre yang memudahkan murid atau ibu bapa untuk mengakses serta mendapatkan latihan, nota, video PdP atau bahan bacaan.
Memudahkan ibu bapa memantau perkembangan bacaan serta pembelajaran anak-anak melalui laporan NILAM dan Pentaksiran Bilik Darjah.
Mengatasi masalah kerosakan bahan bacaan disebabkan oleh vandalisme dan bencana (sesuai untuk sekolah berisiko bencana alam seperti banjir)
Menarik minat murid untuk membaca dengan penyediaan ebook yang mengandungi ilustrasi menarik
GAMBAR PENGGUNAAN