INFO RASMI PEJABAT PENGARAH
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
YBhg. Tuan PPD dan Pengetua dan Guru Besar,
KESIAPSIAGAAN PEMBUKAAN SEKOLAH NEGERI KEDAH
Pembukaan semula sekolah bawah KPM bagi menjalankan sesi PdP secara bersemuka tertakluk kepada ketetapan KPM berdasarkan penilaian risiko, nasihat dan pandangan KKM dan MKN.
Semua PPD dan PGB hendaklah memastikan sekolah di dalam keadaan kondusif, selamat dan bersedia menerima murid untuk memulakan sesi persekolahan Fasa 4 di Daerah Langkawi dan Fasa 2 di semua daerah lain di Kedah. Beberapa aspek perlu ditekankan;
1. Memahami dan menguasai Fasa-fasa Pembukaan Sekolah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang mengikut tarikh kemaskini.
2. Memahami, menguasai dan mencetak Manual Garis Panduan Pengoperasian Sekolah 3.0.
3. Memahami dan mencetak Manual Pengoperasian Pengajaran Pembelajaran Secara Penggiliran 2021.
4. Memahami dengan jelas SOP Pengoperasian Sekolah.
5. Memaklumkan kepada waris ibubapa dan penjaga,PIBG dan pihak berkepentingan mengenai persediaan operasi pembukaan sekolah.
6. Kesiapsiagaan keseluruhan Fizikal Sekolah (Tindakan Segera):
6.1 Kebersihan sekolah
6.2 Tandas yang bersih
6.3 Bilik darjah yang bersih dan susunan meja kerusi mengikut SOP terkini.
6.4 Bilik khas,Makmal Amali,Komputer & RBT yang bersih
6.5 Kantin yang bersih
6.6 Asrama yang bersih
6.7 Pejabat yang bersih
7. Memberi perhatian kepada PENGUDARAAN di bilik darjah dan bilik yang digunakan utuk PdP;
7.1 Langsir-langsir yang menghalang pengudaraan ditanggalkan
7.2 Manila Kad, poster atau sebarang bahan penghalang pengudaraan.
8. Penggiliran Jadual Waktu dan Kapasiti Murid di dalam Bilik Darjah
9. Memahami Tatacara Pengurusan pelaksanaan COVID-19 di sekolah.
10. Memahami pelaksanaan Pengurusan Kit ujian Kendiri COVID-19 di sekolah.
11. Tindakan SEGERA mengunci masuk kes jangkitan COVID-19 di kalangan warga sekolah di dalam sistem Aplikasi COVID-19 (APDM) di sekolah.
Sehubungan dengan itu, saya menyeru dan memohon semua PPD dan PGB untuk sentiasa bersedia dan mengemaskini maklumat terkini berkaitan dengan pengoperasian sekolah demi memastikan warga sekolah dapat melaksanakan PdP dengan selamat dan bersih.
Sekian, Terima Kasih
Pengarah Pendidikan Negeri Kedah
2 Oktober 2021