PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PROJECT BASED LEARNING) PSV
🌟Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah, Panitia PSV SKePa memilih untuk menjalankan Projek PSV Video Kreatif Kad Ucapan Hari Guru.
🌟Murid dikehendaki menghasilkan kad ucapan Hari Guru mengikut kreativiti masing-masing. Murid bebas menggunakan sebarang media untuk menghasilkan kad ucapan tersebut.
🌟Kemudian, rakam murid bersama kad ucapan itu mengikut kreativiti masing-masing. Pastikan murid menyatakan nama dan kelas semasa merakam video itu. Tempoh video tidak melebihi 1 minit.
🌟Hantar video tersebut dalam group Whatsapp PSV 4C selewat-lewatnya pada RABU, 8 September 2021.
🌟Tugasan ini akan menjadi rekod PBD yang akan menentukan tahap penguasaan murid.
🏆Video yang paling kreatif akan dipilih untuk disiarkan secara live semasa Majlis Sambutan Hari Guru SKePa pada 21 September 2021. Video yang terpilih juga akan menerima hadiah istimewa dari pihak sekolah.
SELAMAT BELAJAR!
Tahniah MUHAMMAD NAQIB IDLAN yang berjaya siapkan tugasan!