BIODATA
saya merupakan seorang guru Matematik keluaran IPG Kampus Pulau Pinang. Kepakaran saya adalah mengintergrasi bidang Matematik melalui penggunaan media digital seperti website ini. Melalui laluan ini banyak pelajar dapat meningkatkan kefahaman mereka dalam bidang Matematik. Jadi saya menyeru lebih ramai pelajar untuk melayari laman web ini supaya statistik gred pelajar dalam subjek Matematik dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.
saya pernah memperoleh Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi semester 1 di IPGM Kampus Pulau Pinang.
saya ingin berjaya dalam bidang pendidikan bersama-sama sahabat-sahabat saya terutama rakan sekelas saya yang banyak membantu saya dalam bidang pembelajaran dan sukan.
saya juga ingin menjadi pemain bola sepak yang baik serta boleh mewakili IPG dalam pelbagai kejohanan yang dianjurkan di peringkat IPG mahupun kejohanan luar.
saya juga bercita-cita ingin membantu mengembangkan potensi murid-murid ke tahap yang tertinggi serta mewujudkan suasana yang harmoni dalam kalangan murid-murid supaya mereka mampu berkembang demi mencapai aspirasi kehidupan mereka.
Saya mempunyai minat yang cukup mendalam dalam dunia bola sepak, saya juga pakar dalam bidang bertahan.Â