HAI SEMUA, UNTUK PEMBELAJARAN KITA PADA HARI INI SEMUA MURID PERLU TONTON TAYANGAN VIDEO TERLEBIH DAHULU
HAI SEMUA, UNTUK PEMBELAJARAN KITA PADA HARI INI SEMUA MURID PERLU TONTON TAYANGAN VIDEO TERLEBIH DAHULU
Teknik vokal merangkumi pengetahuan tentang pedagogi vokal yang berkait dengan anatomi tubuh semasa penghasilan suara. Ianya menjelaskan tindakbalas tubuh di bahagian vokal yang menyebabkan terhasilnya suara dan kawalan-kawalan bahagian tubuh tertentu yang diperlukan seseorang dalam meningkatkan mutu nyanyian.
Dalam mendapatkan hasil terbaik dalam nyanyian, kedudukan badan atau postur dalam nyayian perlu dititik beratkan.
Postur yang baik bermaksud menggunakan badan dalam keadaan seimbang supaya otot-otot pernafasan dapat bekerja dengan mudah serta membantu penyanyi mengeluarkan suara yang diingini tanpa ada sebarang halangan fizikal.
POSTUR ASAS SEMASA MENYANYI
Kaki dibuka sedikit dengan satu kaki di dihala sedikit kehadapan.
Berat badan perlu diimbangkan di hadapan tapak kaki dan bukan ditumit.
Lutut perlu dilonggarkan sedikit (tidak dikunci) bagi mengelak ketegangan.
Pinggang sedikit kehadapan tanpa menonggekkan bahagian punggung.
Bahagian abdomen perlu rata, keras dan dalam keadaan selesa.
Bahagian dada dibuka seperti mendabik dada.
Bahagian bahu ditolak ke belakang iaitu tidak membongkok.
Lengan dalam keadaan selesa bergerak, sekiranya memegang skor lagu,
elakkan terlalu tinggi yang akan menyebabkan muka terlindung atau terlalu
rendah yang akan menyebabkan penyanyi menunduk ketika menyanyi.
Di bahagian kepala, dagu perlu selari dengan lantai iaitu tidak mendongak ke atas atau menunduk
POSTUR DUDUK
Kaki hendaklah dibuka dengan satu kaki dihala sedikit kehadapan.
Tapak kaki diletakkan rata di atas lantai pada posisi yang seimbang supaya boleh menyokong keseluruhan badan semasa duduk.
Pinggang sedikit kehadapan tanpa menonggekkan bahagian punggung.
Bahagian abdomen perlu rata, keras dan dalam keadaan selesa dan dada dibuka seperti mendabik dada.
Bahagian bahu ditolak ke belakang iaitu tidak membongkok.
Di bahagian kepala, dagu perlu selari dengan lantai iaitu tidak mendongak ke atas atau menunduk.