1. Kuiz dijalankan secara di dalam talian pada 1 September 2021 (Rabu) jam 3.00 hingga 4.00 petang.
2. Pautan bagi acara kuiz akan diberikan. (Klik di sini)
3. Peserta dikehendaki menjawab 40 soalan dalam masa 60 minit.
4. Skop soalan bagi kuiz tersebut adalah seperti berikut:
a. Seksyen 68 hingga 73 Akta Polis 1967
b. Buku Panduan Kor Kadet Polis 2015
c. Maklumat berkaitan PDRM
d. Maklumat berkaitan KPM
e. Kemahiran Kawad Kaki
5. 20 orang peserta terbaik (10 Kadet Lelaki dan 10 Kadet Perempuan) akan dipilih untuk bertanding di peringkat kebangsaan iaitu pada 25 September 2021 (Sabtu) jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari.