Para pemenang akan dihubungi oleh pihak urus setia dalam masa terdekat. Sekian, terima kasih.
A. FORMAT PERTANDINGAN
Setiap negeri akan diwakili oleh 1 kumpulan yang terdiri daripada 2 orang peserta untuk membentangkan soalan yang diberikan.
Peserta pertama berperanan sebagai pembentang manakala peserta kedua berperanan sebagai pengendali teknikal. Kedua-dua peserta bertanggungjawab dalam penyediaan bahan pembentangan bagi cadangan mereka.
Peruntukan masa pembentangan bagi cadangan mereka ialah selama 10 minit (termasuk video promosi) manakala soalan daripada Panel Hakim ialah 5 minit.
Peranan peserta semasa pembentangan bagi cadangan mereka:
Peserta pertama perlu membentang, mempertahan dan merumuskan cadangan mereka mengikut komponen yang diberikan seperti dalam Contoh Templat.
Peserta kedua perlu mengendalikan peralatan TMK.
Peserta hanya boleh menggunakan peralatan TMK.
Peserta perlu memastikan pembentangan mematuhi peraturan hak cipta terpelihara.
Peserta dibenarkan untuk menggunakan TMK bagi mencari jawapan bagi soalan yang dikemukakan oleh Panel Hakim.
B. PANEL HAKIM
Panel Hakim akan dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Seramai 5 - 7 orang Panel Hakim akan mengadili pertandingan.
Keputusan Panel Hakim adalah muktamad.
C. PROSEDUR CAKNA
16 kumpulan dikehendaki bersedia di tempat pertandingan 10 minit sebelum CAKNA Peringkat Kebangsaan bermula.
Seorang juruacara sebagai moderator akan mengetuai setiap sesi CAKNA.
Juruacara tidak dibenarkan membuat sebarang komen terhadap topik peserta.
Penjaga masa mesti memastikan setiap peserta menggunakan masa yang diperuntukan.
Pada minit ke-9, loceng kali pertama akan dibunyikan sekali.
Pada minit ke-10, loceng kali kedua akan dibunyikan sebanyak 2 kali menunjukkan bahawa sesi pembentangan telah tamat. Tiada markah akan diberikan selepas loceng kedua dibunyikan.