Memahami Konsep Asas Penyelesaian Masalah: faham mengapa penting untuk mempunyai strategi ketika menyelesaikan masalah. Ini termasuk kesedaran bahawa penyelesaian secara rawak atau "cuba jaya" tidak cekap, terutama untuk masalah yang kompleks.
Mengenal Pasti Keperluan Pendekatan Sistematikmasalah yang kompleks memerlukan pendekatan yang terancang dan berurutan untuk diselesaikan dengan berkesan.
Mengetahui Kepentingan Kecekapan:memahami bahawa penyelesaian masalah yang baik bukan sahaja menyelesaikan isu, tetapi juga melakukannya dengan cara yang efisien (dari segi masa dan sumber).
Kesukaran Merangka Strategi Sendiri: menghadapi cabaran dalam membina atau merangka strategi penyelesaian masalah anda sendiri untuk isu-isu yang berbeza, memerlukan panduan yang lebih terperinci.
Kurang Pendedahan kepada Pelbagai Strategi: kurang didedahkan kepada pelbagai jenis strategi penyelesaian masalah (contohnya, "divide and conquer", "greedy approach", dll.), menyebabkan anda terhad dalam pilihan pendekatan apabila berhadapan dengan masalah baru.
Aplikasi Strategi dalam Situasi Nyata: menghadapi kesukaran untuk mengaplikasikan strategi penyelesaian masalah yang dipelajari ke dalam senario dunia nyata atau masalah pengaturcaraan yang praktikal.
Kecenderungan untuk Melangkau Fasa Perancangan:cenderung untuk melangkau atau mengabaikan fasa perancangan strategik dan terus kepada fasa pelaksanaan (contohnya, terus menulis kod), yang boleh menyebabkan ralat atau penyelesaian yang tidak optimum di kemudian hari.
Memahami kepentingan logik dan algoritma: memahami bagaimana penyelesaian masalah memerlukan langkah-langkah yang logik dan teratur (algoritma) untuk mencapai hasil yang diingini.
Mengenali masalah dan matlamat:mengenal pasti masalah dengan jelas dan menetapkan matlamat yang spesifik untuk penyelesaian.
Mampu mengenal pasti input dan output:mengenal pasti data yang diperlukan (input) dan hasil yang dijangkakan (output) bagi sesuatu masalah.
Mengetahui pelbagai pendekatan penyelesaian:menyelesaikan masalah, seperti kaedah cuba jaya atau pembahagian masalah kepada sub-masalah.
Kesukaran dalam mengimplementasi penyelesaian:Memahami teori namun, menghadapi cabaran dalam menterjemahkan konsep penyelesaian masalah ke dalam bentuk kod atau langkah-langkah yang praktikal.
Kurang pengalaman dengan pelbagai jenis masalah: Skop pendedahan erhadap masalah terhad, menyebabkan kesukaran apabila berhadapan dengan masalah yang kompleks atau tidak lazim.
Kekurangan ketekunan dalam ujian dan nyahpepijat: tergesa-gesa dalam menguji penyelesaian atau kurang teliti dalam proses mencari dan membetulkan ralat (nyahpepijat).
Bergantung kepada satu kaedah penyelesaian:cenderung untuk menggunakan satu kaedah penyelesaian yang sama untuk semua masalah, walaupun ada kaedah yang lebih cekap dan sesuai.
Memahami Langkah-Langkah Asas:faham urutan asas dalam proses penyelesaian masalah, iaitu analisis masalah, reka bentuk penyelesaian, pengekodan, pengujian, dan penyahepepijatan.
Mampu Menganalisis Masalah:cekap dalam mengenal pasti masalah, menetapkan matlamat, dan mengenal pasti input serta output yang diperlukan.
Mengetahui Kepentingan Perancangan: sedar bahawa perancangan yang rapi (reka bentuk penyelesaian) sebelum pengekodan adalah penting untuk mengelakkan ralat dan memastikan kod lebih tersusun.
Kesukaran dalam Menterjemah Reka Bentuk ke Kod: menghadapi cabaran untuk menterjemahkan idea dan perancangan (algoritma, carta alir) kepada kod program yang berfungsi dan betul.
Kekurangan Ketelitian dalam Pengujian dan Penyahpepijatan: kurang teliti dalam menguji penyelesaian untuk semua kemungkinan kes atau menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti dan membetulkan ralat (nyahpepijat) dalam kod anda.
Pengurusan Masa dalam Setiap Fasa:kurang efisien dalam menguruskan masa untuk setiap fasa proses, terutamanya jika masalah menjadi lebih kompleks.
Tidak Konsisten dalam Pendokumentasian: kurang memberi perhatian kepada pendokumentasian setiap fasa proses, seperti catatan mengenai keputusan reka bentuk atau perubahan semasa nyahpepijatan.