SLIDE PEMBENTANGAN
Slide pembentangan ini dibangunkan sepenuhnya menggunakan aplikasi Canva sebagai medium utama. Sehubungan itu, sekiranya slide ini dimuat turun dalam format PowerPoint (PPT), terdapat kemungkinan sesetengah fungsi tidak dapat beroperasi dengan sempurna, khususnya tayangan video, animasi dan elemen interaktif.
Oleh yang demikian, penggunaan secara dalam talian (online) adalah sangat digalakkan bagi memastikan semua kandungan dapat dipaparkan dan berfungsi dengan baik.
Untuk makluman, sebahagian kandungan slide ini masih berada dalam fasa penambahbaikan. Sehubungan itu, pihak tuan/puan adalah dialu-alukan untuk memberi komen atau cadangan penambahbaikan secara terus pada slide tersebut menggunakan fungsi komen yang disediakan.
Diharapkan bahan ini dapat memberi manfaat serta membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Segala kerjasama, perhatian dan maklum balas daripada pihak tuan/puan amat dihargai bagi memastikan kualiti bahan pembentangan ini sentiasa dapat dipertingkatkan
Terima kasih.