Bunga raya merah dipilih kerana:
Warna merah menarik perhatian.
Melambangkan semangat dan keberanian rakyat Malaysia. 💪🏻
Namanya sama di seluruh negara.
Di mana-mana negeri pun, semua orang panggilnya “bunga raya”. 🌼
Mudah tumbuh di banyak tempat.🌿
Bunga raya tumbuh dengan subur di pelbagai tempat di Malaysia.
Berbunga sepanjang tahun.🌞
Bunga raya tidak bermusim, sentiasa berbunga seperti semangat rakyat yang tidak pernah luntur. ❤️🔥
Unik untuk Malaysia✨
Tiada negara lain yang memilih bunga raya sebagai bunga kebangsaan pada ketika itu.