SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL ANTIDADAH SK JERAM 2024
Peserta perlu menghasilkan buku skrap digital bertemakan ' GENERASI MADANI, SEKOLAH BEBAS DADAH'.
Penyertaan dibolehkan secara individu atau berkumpulan (1-3 orang)
Hanya logo Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja dibenarkan untuk diletakkan pada buku skrap.
Karya hendaklah mempunyai elemen pendidikan pencegahan dadah. (Dadah @ Alkohol @ Rokok @ Vape @ Inhalan @ HIV/AIDS) - Boleh pilih satu satu.
Peserta bebas menggunakan aplikasi dalam penghasilan buku skrap seperti Powerpoint, Canva atau lain-lain. (Aplikasi yang digalakkan adalah canva.com).
Buku skrap yang dihasilkan mesti menggunakan Bahasa Melayu.
Bilangan muka surat adalah 6-8 muka surat termasuk muka hadapan.
Buku skrap yang dihasilkan mestilah kreatif, bermaklumat dan mampu menyebarkan mesej pencegahan dadah.
Karya mestilah tidak menyentuh sensitivit masyarakat majmuk serta tidak mempunyai unsur-unsur negatif seperti jarum suntikan, tengkorak, tali gantung dan sebagainya.
Format penulisan adalah seperti berikut:-
i. Muka surat pertama (gambar dan tajuk buku skrap)
ii. Biodata/maklumat diri murid ( Nama murid, nama sekolah, kod sekolah BBA3006, tahun/tingkatan).
iii. Isi berdasarkan tema dan tajuk
iv. Penutup dan penghargaan.
Tarikh akhir penghantaran adalah sebelum atau pada 20 Jun 2024 dalam bentuk link URL Anyflip. (Rujuk guru jika ada masalah penggunaan Anyflip).
keputusan hakim adalah muktamad.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Cikgu Wan Muhammad atau Cikgu Sumarni. Terima kasih.
Di bawah adalah contoh penghasilan buku skrap digital :-