BAHAGIAN 1
BAHAGIAN 1
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
DARI MEJA PENGETUA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
“Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa daripada anaknya yang soleh.” (Hadis riwayat Muslim).
Tugas mendidik adalah satu keberuntungan kepada insan bergelar guru. Selain sebagai sumber rezeki yang halal, pahala daripada pekerjaannya tetap mengalir tanpa henti selagi seseorang guru membimbing setiap muridnya dengan ilmu kebaikan yang bermanfaat.
“Kualiti sistem pendidikan tidak boleh melebihi kualiti gurunya.” – Barber & Mourshed (2007)
Hal ini mengingatkan kita peri penting setiap guru sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran, kompetensi dan ciri-ciri personaliti guru yang kukuh seperti berikut:
1. penguasaan isi kandungan (content knowledge),
2. keupayaan menyampaikan ilmu (pedagogical knowledge),
3. memahami keupayaan belajar yang berbeza dalam kalangan murid (differentiated learning),
4. kemahuan untuk berkerjasama (collaborative), dan
5. kemahuan untuk meningkatkan keupayaan secara berterusan (improve continuously).
Daripada 2 petikan ini, marilah kita “Bersama-sama dan Bersungguh-sungguh” untuk memberi ruang, membuka peluang, menyumbang masa dan tenaga ke arah mengangkat martabat setiap murid kita menjadi Anak yang Baik lagi Cerdik.
18 Mac 2023
PRINSIP KERJA
“BERSAMA-SAMA DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH”
BERSAMA-SAMA bermaksud:
1. membuat perancangan dan keputusan secara musyawarah,
2. melaksanakan amanah dan tugas secara bersama, dan
3. bertanggungjawab terhadap keputusan secara kolektif.
BERSUNGGUH-SUNGGUH bermaksud:
1. menggunakan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman secara menyeluruh dalam menjayakan setiap usaha,
2. menggunakan pelbagai alternatif dan inisiatif dalam menjayakan agenda pendidikan, dan
3. tidak mudah mengalah dalam menangani segala isu dan cabaran.