SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH ( TKRS )
SEJARAH PENGASAS KRS
TUJUAN PENUBUHAN
OBJEKTIF PENUBUHAN
SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH ( TKRS )
Allahyarham Muhammad Thani Bin Shaaban berlahir di Teluk Kumbar Pulau Pinang pada 9 Disember 1963. Merupakan anak bongsu daripada dua orang adik beradik. Bapanya Shaaban bin Daud adalah bekas Guru Besar di SK Teluk Kumbar Pulau Pinang. Bondanya Norma Binti Abdul Rahman adalah suri rumah sepenuh masa. Mendapat pendidikan awal di SK Teluk Kumbar dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Raja Tun Uda, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum.
Minatnya dalam bidang pendidikan terserlah apabila beliau telah berjaya menamatkan Kursus Perguruan Asas di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Johar Bharu pada 28 Februari 1985 .Seterusnya beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat ijazah di Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan Islam dan Sejarah. Beliau memulakan perkhidmatan awalnya sebagai guru di SMK Raja Abdullah dan meneruskan sebagai guru siswazah di SM Sains Selangor dan SM Sains Hulu Selangor, Ulu Yam.
Beliau merupakan tokoh yang berjasa dalam bidang pendidikan apabila mencetuskan idea penubuhan Kadet Remaja Sekolah Malaysia. Kadet Remaja Sekolah telah ditubuhkan di Sekolah Menengah Raja Abdullah. Jalan Kepong Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam. Matlamat utama penubuhannya adalah melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berilmu, berakhlak mulia dan bersemangat patriotik serta berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah menjayakan Wawasan 2020.
Penubuhan Kadet Remaja Sekolah secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pelajaran telah diusahakan oleh beliau pada 10 Ogas 1993. Tanggal 13 September 1993, satu pertemuan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Nordin.
◊ Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, mampu bersaing kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.
◊ Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai mumi selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020.
◊ Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah laku kegunaan dadah, budaya lepak dan kes-kes juvana.
◊ Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.
◊ Membina generasi pelajar bersifat patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara.
◊ Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai mumi serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan negara.
◊ Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa dalam kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.
Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki keterampilan diri, berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan.
Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020.
Menangani masalah salah laku di kalangan para remaja seperti salah guna dadah, melepak dan juvana.
Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan para pelajar memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.
Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara.
Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara
Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.