SMK BANDAR TENGGARA
JALAN TUN ABDUL JALIL
81440 BANDAR TENGGARA
JALAN TUN ABDUL JALIL
81440 BANDAR TENGGARA
LMS SEKOLAH 99.20%
GPS 4.48
NAMA
PN HASLINA BINTI MOHD BAKRI
PN ROHIDAH BINTI OTHMAN
EN ZULKIFLI BIN JAAFAR
PN HANISS SUZANA BINTI ZAHARIN
PN HJH KHAIRANI BINTI SAPAWI
MUHAMAD SAIFUL BIN SAHARUM
MOHD AFZAN BIN RAMLI
PN MUZAM BINTI MOHDI
TN HJ SAIFULLAH BIN ABD. WAHAB
Barisan Ajk BukuPengurusan 2022
Pengerusi
(Pengetua)
Timbalan Pengerusi
Pn.Haslina binti Mohd Bakri (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1
Pn. Rohidah Binti Othman (PK HEM)
Naib Pengerusi 2
En. Zulkifli bin Jaafar (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 3
Haniss Suzana Binti Zaharin (PK Tingkatan 6)
Naib Pengerusi 4
Pn. Hjh Khairani Binti Hamdan (PK Pen Khas)
Penyelaras
En.Muhamad Saiful Bin Saharum (GKMP Bahasa)
Setiausaha
Pn. Noridah Binti Sakedek @ Mohd Sidek (G B&K)
Pen Setiausaha
Pn. Nor Azizah Binti Abd Razak (G B&K)
Ahli Jawatankuasa
Setaiusaha Kurikulum
Pn. Sity Anisa Binti Ahmad Fuad
Setiausaha HEM
Pn. Nurul Azura Binti Abdul Rahim
Setiausaha Kokurikulum
Pn. Rosnita Binti Eksan
Setiausaha Tingkatan 6
Pn. Zubaidah Binti Ibrahim
Setiausaha PPKI
Pn. Khairani Binti Sapawi
Semakan
Pn. Muzam Binti Mohdi
En. Afzan Bin Ramli
Tn Hj. Saifullah Bin Abd Wahab
Imej Buku
En. Taufieq Bin Aluddin
Cetakan & Printing
Pn. Rosmawati binti Md Selar
Edaran
Pn. Ahrufiza binti Mohd Yusof
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Falsafah Sekolah
Pendidikan di sekolah ini merupakan satu usaha mendidik pelajar supaya mereka boleh mengembangkan bakat untuk menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berkebolehan,patuh kepada ajaran agama, berakhlak mulai dan dapat memahami cita-cita serta hasrat bangsa dan negara. Mereka ini diharapkan boleh berdikari bagi kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara ke arah mewujudkan budaya cemerlang dan masyarakat penyayang.
VisiSekolah
“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”
MisiSekolah
“Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara”
Objektif Sekolah
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera.
Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara.
Memberikan peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
Matlamat Sekolah
Melahirkan murid yang berkualiti dan cemerlang dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah serta dapat memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan pembangunan keluarga, masyarakat dan negara
Objektif Sekolah
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara. Memberikan peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
1. Melaksanakan 100% pembelajaran dan pengajaran berdasarkan rancangan pelajaran tahunan kecuali berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan
SMK Bandar Tenggara.
2. Memastikan pencapaian 100% lulus keseluruhan atau peningkatan 3% ( Matapelajaran Matematik dan Matematik Tambahan) dari tahun sebelumnya dalam peperiksaan PT3 dan SPM
3. Memastikan 100% murid SMK Bandar Tenggara mendapat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling,kemahiran belajar, pembangunan diri murid, motivasi dan kerjaya, melainkan berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan sekolah.
4. 100% aduan dan maklum balas pelanggan akan dilayan sebagaimana yang dinyatakan dalam prosedur Kualiti Aduan Pelanggan
5. Melaksanakan pengurusan kewangan tanpa teguran audit
Dasar KualitiSekolah
1. SMK Bandar Tenggara komited untuk menyediakan dan melaksanakan pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan.
2. Adalah menjadi komitmen pihak pengurusan dan semua anggota peka dan bertanggungjawab terhadap SPSK dan SKPMg2 bagi meningkatkan keberkesanannya secara berterusan.
Prinsip Kerja SMK Bandar Tenggara
1. Bekerja kerana Allah.
2. Buat yang disuruh, tinggalkan yang dilarang.
3. Buat kerja yang betul dengan cara yang betul.
4. Utamakan yang utama.
5. Sentiasa bersedia.
Piagam Sekolah SMK Bandar Tenggara
Kami warga SMKBT dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan :
1. Memulakan pembelajaran dan pengajaran yang terbaik dan tepat pada waktunya
2. Melindungi masa instruksional dengan memastikan guru ganti melaksanakan aktiviti PdPc
3. Menyediakan bahan pembelajaran yang berkualiti dan berupaya menarik minat murid sejajar dengan pembelajaran dan pengajaran abad ke 21 (PAK21)
4. Menyemak hasil kerja murid dalam tempoh seminggu selepas dikumpulkan
5. Mengambil tindakan segera dan berhemah terhadap kebajikan dan keselamatan murid
6. Memastikan ibu bapa mendapat maklumat terkini tentang prestasi murid melalui sistem SAPS,Hari Diskusi dan Hari Pelanggan
7. Melayan pelanggan dengan segera secara berhemah dan mesra
8 Memberi maklumbalas terhadap semua surat arahan daripada ‘stakeholders’ dengan kadar segera.
9. Mengambil tindakan SOP 137 terhadap segala isu yang terlibat dengan pihak sekolah berkenaan laporan dan aduan
Bidang Keberhasilan Utama
1. Kecemerlangan Pencapaian Akademik
2. Kecemerlangan Pengurusan Hal Ehwal Murid
3. Kecemerlangan Aktiviti Kokurikulum
4. Kecemerlangan Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah
5. Kecemerlangan Program Pembangunan Kemanusiaan
6. Kecemerlangan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
7. Kecemerlangan Fizikal Dan Landskap Sekolah
8. Kecemerlangan Hubungan Masyarakat
9. Kecemerlangan Sekolah Bermaklumat
Warna Biru Tua - Perpaduan masyarakat sekolah.
Warna Merah - Semangat yang sentiasa berkobar-kobar.
Obor - Semangat perjuangan kental.
Buku - Sekolah sebagai tempat menimba ilmu pengetahuan.
Roda Pecahan Lapan - Merupakan bidang teknologi dalam pendidikan sekolah.
Tangkai Padi - Latar belakang masyarakat setempat bersumberkan bidang pertanian.
Bulan Bintang - Melambangkan islam sebagai agama rasmi negara anutan majoriti warga
sekolah.
Gelang Berkait Lima - Empat pasukan rumah membentuk sebuag pasukan sekolah.
Warna Putih - melambangkan kebersihan dan kesucian hati warga sekolah.
Warna Biru Muda - Ketenangan dan kedamaian alam persekolahan danpersekitaran.
Warna Kuning - Sekolah dan Negeri Johor Darul Takzim yang mempunyai seoarang sulta
yang berdaulat.
Setinggi Penghargaan Kepada Pencipta Logo
Tn Hj Zainuddin Bin Abu Bakar
Lagu Sekolah
SINAR TENGGARA
Jiwa Luhur Dan Suci
Bagai Suria Pagi
Murni Sehalus Budi
Tekad Terus Berbakti
Gagah melangkah Maju
Tekun Menuntut Ilmu
Tuhan Berkati Direstui
Iman Teguh Dihati
c/o
Tuhanku Cintai Amanahku Junjungi
Menjadi Insan Sejati Cemerlang Dibanggai
Sinar Tenggara Nama Muliaku Jaga
Hingga Akhirnya Gemilang Sinar Tenggara
Lagu dan Lirik : En. Abdul Aziz Bin Redwan
Bekas Guru Cemerlang Matematik SMKBT
HAL TUGAS PERKHIDMATAN (RUKUN KERJA SMK Bandar Tenggara)
Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum
1.WAKTU BEKERJA GURU
Ahad hingga Khamis : Hadir sebelum 7.15 pagi dan pulang selepas 2.30 petang
Sabtu : Program Khas, ikut arahan semasa
PERHIMPUNAN PAGI 2023/2024
Ahad - Perhimpunan Mingguan
Isnin - Perhimpunan Ringkas
Selasa - Perhimpunan RIngkas
Rabu - Perjumpaan Kokurikulum
Khamis - Zikir, Yasin, Tazkirah
2. Erph hendaklah dihantar pada hari KHAMIS, sebelum jam 3.30 petang kepada pegawai yang dipertanggungjawabkan. .
3. Semua guru WAJIB menghadiri perhimpunan harian dan mingguan. Guru Tingkatan dikehendaki mengambil kehadiran kelas masing-masing semasa perhimpunan.
4. Nama-nama kelas : Baiduri, Delima, Intan, Mutira, Zamrud
5. Kegiatan Kokurikulum dan 1M1S dijalankan pada setiap hari Rabu bermula 08.00 hingga 10.00 pagi. Semua guru dan murid diwajibkan hadir dan memakai uniform bidang masing-masing atau pakaian khas yang ditetapkan untuk kegiatan kokurikulum.
6. Guru ganti (relief) WAJIB masuk ke kelas dan membuat aktiviti bersifat pengajaran dan pembelajaran atau menyelia murid membuat latihan yang ditinggalkan oleh guru mata pelajaran.
7. Guru cuti bersalin, guru yang menghadiri kursus/mesyuarat/seminar, guru bercuti rehat dan cuti-cuti lain hendaklah meninggalkan kerja kepada murid melalui PK Pentadbiran/GKMP.
8. Permohonan cuti: Ikut pekeliling dan perintah am.
8.1 Cuti Rehat : perlu dipohon DUA HARI sebelum cuti diambil dan diserah sendiri kepada Pengetua.
8.2 Kes Kecemasan perlu dimaklumkan kepada Pengetua secepat mungkin dan tinggalkan kerja/nota untuk kelas.
8.3 Cuti Sakit : perlu dimaklumkan kepada Pengetua sebelum 6.00 pagi. Sijil sakit perlu diserahkan kepada Pengetua atau PK Pentadbiran (jika Pengetua tiada) apabila kembali bertugas.
9. AKTIVITI DI LUAR WAKTU PERSEKOLAHAN – Sila ikut jadual yang telah ditetapkan.
10. Kursus/Seminar/Mesyuarat/Taklimat :
10.1 Guru tidak dibenarkan menolak atau menggantikan dengan guru lain kecuali dengan kebenaran Pengetua
10.2 Maklumkan kepada ketua bidang masing-masing sebelum pergi berkursus
10.3 Menyerahkan laporan dan bahan kursus kepada ketua unit setelah pulang berkursus
10.4 Menjalankan ”In-House Training” selepasnya jika berkaitan.
11. Ketidakberadaan guru di sekolah perlu dimaklumkan melalui ’Telegram’ Bitians SMK Bandar Tenggara
12. Menjalankan Program 3K (Khabar, Kebersihan & Kedatangan) – 5 minit sebelum PdPc.
13. Sentiasa mengambil tahu dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Visi, Misi dan budaya kerja.
14. Bersedia dicerap pada bila-bila masa.
15. Sentiasa peka dengan peraturan murid:
15.1 Kebenaran keluar ke tandas adalah untuk masa ketiga (8.50 – 9.30 pagi) dan kelapan (11.50-12.30 tengah hari)
15.2 Catatan Aduan Disiplin – dibuat apabila ada murid yang melakukan kesalahan dan diserah kepada PK HEM atau guru disiplin.
15.3 Murid ditegah masuk ke pejabat, bilik guru dan bilik-bilik khas tanpa kebenaran.
15.4 Buku Pengurusan Kelas – diambil pada awal pagi dan dipulangkan sebelum balik.
15.5 Program Sekolah Selamat.
15.6 Semua guru adalah guru disiplin.
16. Bersikap profesional dalam tugas. berpandangan positif. elakkan “Budaya Banding-Membanding”.
17. Main peranan “In Loco Parentis”.
18. Sentiasa mengambil tahu hak sebagai penjawat awam.
19. Sematkan di hati “Saya Yang Menjalankan Amanah”.
20. Sayangi profesion PERGURUAN.
21. Sentiasa mematuhi arahan Pengetua dari semasa ke semasa.