Penubuhan Kadet Bomba bermula apabila Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berhasrat untuk memberi pendedahan dan mendidik para pelajar tentang tatacara menghadapi kebakaran dan kecemasan pada masa hadapan. Selain itu, jabatan juga berhasrat untuk membentuk dan melahirkan pelajar-pelajar yang lebih berdisiplin, menepati masa, proaktif dan bersemangat patriotisme.
Pasukan ini ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1989 setelah mendapat persetujuan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia dan dijadikan salah satu program kokurikulum bagi sekolah-sekolah menengah di Malaysia.
Kadet Bomba dan Penyelamat SMK Gudang Rasau telah didaftarkan di Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas dan kini mempunyai jumlah keahlian seramai 107 orang.
PAKAIAN : NO 4 (PAKAIAN CELORENG)
PAKAIAN SERAGAM LATIHAN
PAKAIAN : NO 3 (TUCK IN)
https://youtu.be/HHvnvn2lRBA