Semua pengurus boleh join group Telegram Bola Sepak MSS Perak 2024
1.0 TAJUK
Kejohanan Bola Sepak
Majlis Sukan Sekolah Perak (MSSPk)
Tahun 2024
2.0 KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN
5.1 Lelaki Bawah 12 tahun.
5.2 Lelaki Bawah 15 tahun.
5.3 Lelaki Bawah 18 tahun.
5.0 TARIKH KEJOHANAN
5.1 12 Julai 2024 hingga 14 Julai 2024 (Jumaat hingga Ahad):
Kategori L12, L15 dan L18
6.0 TEMPAT KEJOHANAN
10.0 (a) JUMLAH PEGAWAI KEJOHANAN
Tertakluk kepada arahan penganjur kejohanan. Walau bagaimanapun semua pasukan daerah adalah bertanggungjawab untuk menyediakan pengangkutan dalaman untuk pasukan masimg-masing bergerak dari tempat penginapan ke tempat pertandingan.
Sajian untuk pegawai dan atlet semua pasukan bertanding sepanjang kejohanan adalah seperti berikut :
Makanan untuk semua peserta disediakan oleh pihak penganjur di asrama.
a. Pingat Pasukan ( 1 – 4 )
b. Sijil pencapaian ( 1 – 4 )
c. Sijil penyertaan
16.1 Pengurus Pasukan diminta dapat tinggal bersama-sama peserta di dalam dorm asrama supaya disiplin dan kebajikan peserta dapat dipantau.
16.2 Pihak asrama TIDAK menyediakan kemudahan selimut dan tuala.
16.3 Pengurus Pasukan dikehendaki menandatangani borang “check-in” ke asrama dan borang ini perlu diserah kembali semasa “check-out”
16.4 Peraturan Asrama serta peraturan keselamatan (SOP) seperti yang dibekalkan mesti dipatuhi oleh semua penghuni asrama semasa kejohanan ini.
16.5 Keselamatan peralatan bilik adalah dibawah tanggungan penghuni bilik. Tuntutan bagi sebarang kerosakan akan dibuat oleh Pengurusan Asrama kepada Pengurus Pasukan berkenaan sebelum kontinjen pulang. Pengelola Kejohanan dan pihak pengurusan asrama tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan barangan peribadi yang berlaku.
16.6 Pengurus Pasukan hendaklah menandatangani borang “check-in” sebelum masuk menginap dan perlu diserahkan kembali kepada Pengurusan Asrama sebelum “check-out”.
16.7 Melapor diri untuk penginapan “Check-in”
16.7.1 Tarikh : 12 Julai 2024 (Jumaat)
Masa : 1.00 tengah hari
Tempat : Asrama
16.8 Masa “Check-out”
16.8.1 Tarikh : 13 Julai 2024 (Sabtu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Pasukan B12, B15 & B18 yang gagal ke suku akhir
16.8.2 Tarikh : 14 Julai 2024 (Ahad)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Pasukan B12, B15 & B18 yang layak ke separuh akhir.
16.9 Pasukan yang tidak layak masuk ke pusingan seterusnya mohon meninggalkan asrama mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan (16.8.1).
17.1 Taklimat Pengurus Pasukan
Tarikh : 11 Julai 2024 (Khamis)
Masa : 4.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan SK Matang Gerdu, Bagan Serai
17.2 Penyelaras Teknik setiap daerah diminta hadir ke mesyuarat untuk membantu membuat penyemakan pendaftaran pasukan.
17.3 Taklimat Jawatankuasa Teknikal / Pengadil
Tarikh : 11 Julai 2024 (Khamis)
Masa : 4.00 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Bagan Serai
Jawatankuasa Pengelola pertandingan tidak menyediakan pengangkutan dalaman. Kontinjen dikehendaki menguruskan pengangkutan peserta dari tempat penginapan ke tempat pertandingan sendiri.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah akan diadakan seperti berikut :
PERLAWANAN AKHIR BAWAH 18 TAHUN
Perasmi : YBhg Dato’ Mohamad Fauzi bin Mahson, DPMP., AMP.
Pengarah Pendidikan Negeri Perak
Tarikh : 14 Julai 2024 (Ahad)
Masa : 4.00 petang
Tempat : Padang Sintetik Parit Buntar
TEMPAT KE 3 & KE 4 ( BAWAH 18 TAHUN )
Tarikh : 14 Julai 2024 (Ahad)
Masa : 3.30 petang
Tempat : SMK Bagan Serai
PERLAWANAN AKHIR ( BAWAH 15 TAHUN )
Tarikh : 14 Julai 2024 ( Ahad )
Tempat : Kolej Vokasional Kerian
Masa : 3.30 petang
TEMPAT KE 3 & KE 4 ( BAWAH 15 TAHUN )
Tarikh : 14 Julai 2024 ( Ahad )
Tempat : SMK Sri Kurau, Bagan Serai
Masa : 3.30 petang
PERLAWANAN AKHIR ( BAWAH 12 TAHUN )
Tarikh : 14 Julai 2024 ( Ahad )
Tempat : SK Baru Parit Buntar
Masa : 3.30 petang
TEMPAT KE 3 & KE 4 ( BAWAH 12 TAHUN )
Tarikh : 14 Julai 2024 ( Ahad )
Tempat : SK Sri Kerian
Masa : 3.30 petang
22.1 Atlet dan pegawai dikehendaki membawa peralatan permainan, kebersihan diri peribadi, cadar, tuala, sarung bantal, selimut serta ubatan.
22.2 Semua pasukan akan bertanggungjawab terhadap keselamatan pemain serta peralatan dan barangan masing-masing serta diingatkan bahawa tempat penginapan adalah asrama sekolah.
22.3 Pengurus pasukan dikehendaki membawa sendiri manga (padlock) untuk keselamatan bilik penginapan.
22.4 “AMALKAN HIDUP DALAM PERSEKITARAN YANG BERSIH” oleh itu dipohon pengurus pasukan memaklumkan kepada pemain untuk TIDAK membuang sampah di padang dan di dalam bilik asrama.
22.5 Setiap pasukan hendaklah membawa peti pertolongan kecemasan bagi kegunaan daerah masing-masing.
22.6 Berikut ialah nombor telefon untuk dihubungi:
En. Zolkefli bin Jamaluddin
( Timb. PPD Pembangunan Murid PPD Kerian ) : 017-5149114
En Mohd Azwanul Khair bin Abdullah
( Pen. PPD Pembangunan Murid PPD Kerian ) : 011-13237133
En. Mohd Faizal bin Ismail
( Pen. PPD Prasekolah dan Rendah PPD Kerian) : 012-3296235
En. Muhamad Syafreen bin Azmi
( PTPS Negeri Perak ) : 011-58200358
En. Azumi bin Aminuddin
( PTPS Daerah Kerian ) : 017-4066601
En. Mohd Yuni bin Mohd Noor
( Pen. PTPS Daerah Kerian ) : 013-6290573