PENGENALAN
Bola jaring merupakan salah satu sukan berpasukan yang popular dalam kalangan pelajar, khususnya pelajar perempuan. Permainan ini melibatkan dua pasukan yang terdiri daripada tujuh orang pemain setiap satu. Objektif utama permainan adalah untuk menjaringkan gol dengan memasukkan bola ke dalam jaring pasukan lawan mengikut peraturan yang ditetapkan. Bola jaring bukan sahaja menguji kemahiran fizikal dan ketangkasan pemain, malah menggalakkan semangat kerjasama, disiplin, dan komunikasi berpasukan.
Di peringkat sekolah, bola jaring sering dijadikan sebagai salah satu acara dalam kejohanan sukan tahunan serta pertandingan antara rumah sukan dan sekolah-sekolah. Penglibatan murid dalam sukan ini dapat melahirkan pelajar yang sihat, aktif dan berdaya saing serta mampu membentuk sahsiah yang positif.
SMK SEKSYEN 27 JALAN SELAYANG 27/27 SEKSYEN 27 SHAH ALAM, 40400 SELANGOR Telefon: 03-5192 1493 Faks: 03 – 5191 6273 Email: bea8660@btpnsel.edu.my URL: mylink.la/smks27