Link Rujukan : https://www.youtube.com/watch?v=FVACGOzCYmE
Panduan Penskoran
Peringkat & Markah
Cemerlang
8 - 10
Baik
6 - 7
Tahap Penguasaan Minimum
3 - 5
Tidak Mencapai Tahap Penguasaan Minimum
0 - 2
Gambar di atas menunjukkan tentang aktiviti berkebun. Tulis pendapat kamu tentang kebaikan-kebaikan daripada aktiviti aktiviti berkebun. Jawapan kamu hendaklah dalam satu perenggan.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
L1
Murid membaca soalan untuk mengenal pasti tema (T), kata kunci (K) dan format (F).
T = Aktiviti berkebun
K = Kebaikan
F = Umum
L2
Murid mencatat isi.
Contoh isi:
Menyihatkan tubuh badan
Menjimatkan wang perbelanjaan dapur
Hubungan kekeluargaan dapat dipererat
L3
Murid menulis pengenalan.
Ayat pengenalan hendaklah ditulis dengan berdasarkan tema. Ayat yang berdasarkan tema dikenali sebagai ayat rangsangan atau ayat tema. Ayat contoh:
Gambar tersebut menunjukkan aktiviti berkebun.
Murid menulis ayat arahan (AA) dan ayat judul 1 (AJ1). AA=Ayat Arahan, AJ= Ayat Judul
Contoh:
(AA) Antara kebaikannya ialah (AJ1) kita dapat menyihatkan tubuh badan kerana berkebun dapat mengeluarkan peluh.
Murid menulis ayat judul 2 (AJ2) dan ayat judul 3 (AJ3) serta penanda wacana.
Contoh:
Di samping itu, (AJ2) kita dapat menjimatkan wang perbelanjaan dapur kerana tidak perlu membeli sayur di pasar tani.
Seterusnya, (AJ3) hubungan kekeluargaan dapat dipererat ketika berkebun.
Murid menulis ayat kesimpulan.
Ayat kesimpulan terdiri daripada ayat cadangan (A Cdgn) dan juga ayat harapan (A Hrpn). Ayat cadangan ditandai oleh kata bantu seperti hendaklah, mestilah, haruslah, perlulah dan sebagainya. Ayat harapan pula ditandai oleh kata hubung pancangan keterangan harapan seperti agar, supaya atau semoga. Contoh:
Kesimpulannya, (A Cdgn) aktiviti berkebun wajarlah dibudayakan (A Hrpn) agar kawasan terbiar dapat dimanfaatkan.
(A Cdgn) (A Hrpn) terdiri dari kata hubung
-mestilah - agar
-hendaklah - semoga
-patutlah - supaya
-wajarlah
-haruslah
Jawapan lengkap
(AR) Gambar tersebut menunjukkan aktiviti berkebun. (AA) Antara kebaikannya ialah (AJ1) kita dapat menyihatkan tubuh badan kerana berkebun dapat mengeluarkan peluh. Di samping itu, (AJ2) kita dapat menjimatkan wang perbelanjaan dapur kerana tidak perlu membeli sayur di pasar tani. Seterusnya, (AJ3) hubungan kekeluargaan dapat dipererat ketika berkebun. Kesimpulannya, (A Cdgn) aktiviti berkebun wajarlah dibudayakan (A Hrpn) agar kawasan terbiar dapat dimanfaatkan.