BMMB1094 KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
TBI - " Kemahiran Berbahasa Melahirkan Masyarakat Komunikatif Global. "
TBI - " Kemahiran Berbahasa Melahirkan Masyarakat Komunikatif Global. "
Pengenalan
Kursus ini merupakan kursus yang ditawarkan kepada pelajar PPISMP Bidang Bahasa Melayu Ambilan Jun 2024 / 2029
Sinopsis Kursus
Kursus ini berfokuskan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Tumpuan kursus ini meliputi konsep, proses, tujuan, bentuk, aspek-aspek, jenis-jenis, peringkat kemahiran bahasa, faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran bahasa dan aktiviti kemahiran bahasa. Pengetahuan dalam kursus ini memberi panduan kepada pelajar tentang kemahiran bahasa Melayu yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Bahasa Melayu).
Maklumat Kursus BMMB1094
Program : PPISMP
Tahun / Semester : Tahun 1 / Sem I
Kredit : 4
HPK/ CLO : Pada akhir kursus ini pelajar akan dapat:
Menjelaskan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. (C2, HPP1)
Menghubung kait faktor-faktor penguasaan kemahiran bahasa dengan peringkat-peringkat kemahiran bahasa. (C5, HPP2, KKG2)
Menunjuk cara aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur bahasa Melayu. (C3, A2, HPP2, HPP5, KKG1, KMK1)
Menganalisis aktiviti kemahiran membaca dan kemahiran menulis. (C4, HPP2, KKG6)
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4.