MAKLUMAT RINGKAS TENTANG SEKOLAH KEBANGSAAN BERTAM PERDANA
MAKLUMAT RINGKAS TENTANG SEKOLAH KEBANGSAAN BERTAM PERDANA
Sekolah Kebangsaan Bertam Perdana atau nama ringkasnya SK Bertam Perdana, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Bertam Perdana 3. Sekolah Kebangsaan Bertam Perdana memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 1784 orang dan terdiri daripada 114 orang guru. SK Bertam Perdana mula beroperasi pada Januari 2010, dengan 261 orang pelajar, 17 orang kakitangan. Pada peringkat awal, pelajar baharu sekolah ini menumpang di sekolah berhampiran iaitu SK Bertam Indah, sehingga 1 Ogos 2010 baru berpindah ke sekolah baharu secara rasminya.