Murid mengikut guru membaca perkataan dan ayat berdasarkan petikan di bawah mengikut sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai
Murid mengikut guru membaca perkataan dan ayat berdasarkan petikan di bawah mengikut sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai
Agihan Tugas Kami
Hana dan adik-beradiknya membantu ibu bapa mereka. Mereka melakukan kerja rumah pada hujung minggu. Sementara ibu dan ayah ke pasar, mereka menetapkan jadual tugas masing-masing. Hana ditugaskan untuk menyidai pakaian. Hani akan menyapu lantai di dapur dan ruang tamu. Mereka gembira kerana dapat meringankan tugas ibu dan ayah.
Adab ketika makan
Keluarga Hana mementingkan adab ketika makan. Mereka selalu makan bersama-sama. Mereka akan membasuh tangan sebelum dan selepas makan. Tangan dibasuh supaya bersih.
Mereka akan membaca doa sebelum makan. Doa dibaca sebagai tanda kesyukuran. Semasa makan mereka duduk dengan tertibnya. Mereka makan dengan sopannya dan tidak mengambil makanan secara berlebihan.
Selepas makan, Amin membantu ibu mengemas meja. Hani membawa pinggan mangkuk yang kotor, manakala Hana membasuh gelas di singki.